Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 177

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 177


___________________________________________________________
patut berkepala dan bermuka himar yang terkenal dengan kebodohannya?! Jika terdapat sesuatu kesilapan pada pemerintah, tidaklah patut rakyat bertindak sewenang- wenang dan terus menegurnya secara kasar atau memberontak terhadapnya (dengan terus bermufaraqah).

 Apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah menegur imam terlebih dahulu dengan mengucapkan سبحان الله sahaja. Tidak lebih dari iłu. Begitulah Islam membimbing manusia muslim dałam kehidupan mereka bermasyarakat dan bernegara. Demikianlah sebahagian daripada tatasusila yang pernah diajar Rasulullah s.a.w. kepada umatnya. Sementara masjid pula dalam konsep Islam selain merupakan syiar dan lambang kepada sebuah negara idaman, ia juga merupakan gambaran bumi Allah yang suci daripada segala noda dan dosa. Jika di dalam masjid setiap kelakuan dan tutur kata dijaga agar selari dan sejajar dengan kehendak agama, maka begitulah juga sikap yang hendak dilahirkan dałam masyarakat di luar masjid. Sekiranya umat Islam betul-betul menghayati maksud hadits Rasulullah s.a.w.: 
وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Bermaksud: "dan bumi ini dijadikan sebagai masjid dan bahan bersuci untukku.” 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim. Ahmad dan lain-lain),
niscaya mereka akan memahaminya dengan makna dan konsep yang lebih luas, bahawa apabila bumi ini dijadikan Allah sebagai masjid untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya, maka setiap kelakuan serta tutur kata mereka di atas bumi ini juga seboleh-bolehnya dijaga sama seperti ketika mereka berada di dalam masjid. Dengan begitu akan aman damailah dunia ini. Sesungguhnya banyak sekali hikmat dan falsafah yang tersirat di sebalik pelaksanaan sembahyang, terutamanya sembahyang dengan berjamaah di masjid. Andaikata segala hikmat dan falsafah sembahyang diperhati dan direnungi dengan cermat, manusia akan mendapat banyak sekali pengajaran dan pedoman untuk merentasi kehidupan mereka di dunia ini selain mendapat pahala di akhirat nanti. Konsep 'mendirikan' sembahyang akan menjadi lebih sempurna dengannya. Pada ketika itu barulah peranan sembahyang sebagai pencegah kepada Fahsya' dan Mungkar akan terserlah nyata. Perhatikanlah Firman Allah s.w.t. berikut:
Al-'Ankabut 29:45
 وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ
Bermaksud: dan dirikanlah shalat (sembahyang). Sesungguhnya shalat iłu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar... (al-Ankabut:45).

¹⁰⁹ Mengeluarkan zakat atau menunaikan zakat adalah terjemahan kepada rangkai kata  إِيتَا الزَّكَاةِ .Kalau perintah menunaikan sembahyang di dalam al-Qur'an sentiasa didahului dengan perkataan"Dirikanlah ", maka perintah menunaikan zakat pula sentiasa didahului dengan perkataann"Keluarkanlah zakat atau tunaikanlah zakat”. Sepertimana perintah "Dirikanlah" perintah "keluarkanlah” juga mempunyai pengertian dan tafsiran yang tersendiri. Antaranya ialah: 
(i) Pengeluaran zakat haruslah disertai dengan keimanan. Tanpa penyertaan iman, ibadah tersebut tidak mendatangkan apa-apa erti. 
(ii) Pengeluaran Zakat hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syariat. Tanpa mengikut panduan syariat, penunaian zakat tidak akan dinilai sebagai suatu ibadah.

¹¹⁰ Keempat mengerjakan haji dan kelima berpuasa di bulan Ramadhan. Berdasarkan sesetengah riwayat, berpuasa di bulan Ramadhan tersebut sebelum mengerjakan haji. Ada riwayat lain yang juga berpunca daripada Ibni Umar meletakkan ibadah puasa di tempat yang keempat, semetara ibadat haji pula berada di tempat kelima. Apabila perawinya. Ibnu  Umar diminta kepastian berhubung dengan perbezaan tertib di antara kedua riwayat berkenaan, beliau menegaskan bahawa kedua-duanya didengarnya sendiri daripada ucapan Baginda s.a.w. Dengan itu jelaslah

177


Tiada ulasan:

Catat Ulasan