Sahih bukhari kitab iman sesi 01 178
bahawa kedua-dua susunan tersebut mengandungi pengertiannya yang tersendiri. Justeru para ulama' telah menyimpulkan bahawa:
(1) Hadits-hadits yang meletakkan berpuasa di bulan Ramadhan sebelum mengerjakan haji sebenarnya lebih mengambil kira tertib ibadah-ibadah berkenaan berdasarkan tarikh atau sejarah pemfardhuannya. Para 'ulama' bersepakat tentang puasa di bulan Ramadhan difardhukan sebelum ibadah haji. Puasa di bulan Ramadhan difardhukan pada tahun kedua Hijrah, sedangkan haji pula difardhukan pada tahun keenam Hijrah. Menurut sesetengah haji baru difardhukan pada tahun kesembilan Hijrah.
(2) Hadits-hadits yang meletakkan mengerjakan haji sebelum berpuasa di bulan Ramadhan pula lebih bermaksud mengklasifikasikan bentuk ibadah kepada dua kategori, iaitu:
(i) Ibadah Wujudiyyah, iaitu amalan ibadah yang terlaksana melalui perbuatan fizikal. Dalam erti kata yang lain, ibadah yang dilakukan dengan anggota badan, seperti sembahyang, menunaikan haji dan sebagainya.
(ii) Ibadah 'Adamiyah atau Tarkiyyah, iaitu ibadah yang terlaksana tanpa perbuatan fizikal, sebaliknya ia terjadi dengan semata-mata meninggalkan sesuatu. Seperti meninggalkan makan, minum dan lain-lain di waktu siang pada bulan Ramadhan, menjauhi segala larangan syariat seperti zina dan lain-lain. Riwayat yang meletakkan ibadah haji sebelum berpuasa di bulan Ramadhan lebih bermaksud mengklasifikasikan ibadah kepada Wujudiyyah yang disusun secara turutan, bermula dengan sembahyang, zakat dan haji. Kemudian barulah disebutkan ibadah tarkiyyah iaitu puasa.
(iii) Ibadah Wujudiyyah terbahagi kepada tiga bahagian pula.
(a) Badaniyyah. Ibadah Badaniyyah ialah ibadah yang berkaitan dengan tubuh badan atau pergerakan badan. Mendirikan sembahyang merupakan satu contoh ibadah badaniyyah.
(b) Maaliyyah. Ibadah maaliyyah ialah ibadah yang berkaitan dengan harta benda. Mengeluarkan zakat merupakan satu contoh ibadah maaliyyah.
(c) Gabungan di antara badaniyyah dan maaliyyah. Ibadah yang menggabungkan badan dan harta antara lainnya ialah mengerjakan haji.
(iv) Ibadah puasa terletak paling akhir kerana selain ia merupakan ibadah tarkiyyah ia juga merupakan satu ibadah yang dikatakan Allah bahawa:الصيا لي وأنا أجزي به
Bermaksud: "Puasa hanya untukKu. Akulah yang dapat memberi pahalanya."
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Ahmad, anNasaa'i dan lain-lain).
Di antara amalan-amalan yang tersebut di dalam hadits ini puasalah yang agak berbeza daripada yang lain-lain. Kerana itulah ia disebutkan paling akhir. Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari mentarjihkan hadits Ibnu 'Umar yang diriwayatkan oleh Muslim yang mendahulukan berpuasa di bulan Ramadhan daripada mengerjakan haji. Bagi beliau, riwayat Bukhari daripada Ibni 'Umar yang mendahulukan mengerjakan haji daripada berpuasa di bulan Ramadhan itu adalah riwayat berdasarkan makna (رواية بالمعنى). Riwayat Muslim yang mendahulukan berpuasa di bulan Ramadhan daripada mengerjakan haji pula adalah riwayat berdasarkan lafaz (رواية باللفظ) yang merupakan riwayat asal daripada Ibnu 'Umar atau ia adalah lafaz Nabi s.a.w. yang sebenarnya. Sama ada perawi tidak mendengar bantahan Ibnu 'Umar terhadap orang yang menegurnya kerana beliau telah menyebutkan berpuasa di bulan Ramadhan sebelum mengerjakan haji dalam majlis yang lain atau perawi terlupa lalu berlakulah apa yang dikatakan riwayat berdasarkan ma'na. Riwayat berdasarkan ma'na juga adalah sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh jumhur 'ulama' kepada orang-orang yang alim. Supaya lebih jelas berikut dikemukakan riwayat Muslim yang dimaksudkan oleh Hafiz Ibnu Hajar itu bersama terjemahannya:
عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسَةٍ عَلَى أَنْ يُوَحَّدَ اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَالْحَجِّ فَقَالَ رَجُلٌ الْحَجُّ وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ لَا صِيَامُ رَمَضَانَ وَالْحَجُّ هَكَذَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Bermaksud: Ibnu Umar meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Baginda s.a.w.
178
Tiada ulasan:
Catat Ulasan