Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 180

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 180

lima rukun yang tersebut di dalam hadits ini. Empat pancang di sekeliling sesebuah khemah menepati empat lagi rukun Islam selain dua kalimah syahadah. Kesemuanya bertindak sebagai penyokong dan pengukuh kedudukan khemah. Kalau satu, dua atau tiga daripadanya tiada,maka  khemah itu masih juga ada. Tetapi dalam keadaan Iemah dan tidak sempurna.

Ada ketikanya ia mungkin terdedah kepada keruntuhan. Menafa'at sepenuhnya daripada sesebuah khemah juga tidak lagi dapat diambil daripada khemah seperti itu.

Jika tiang serinya pula tiada, maka pada ketika itu tiada apa yang dinamakan khemah  . Tiada lagi lagi ruang berteduh di bawahnya. Tiada lagi menafa'at dan faedah yang dapat diambil daripadanya. Demikianlah juga dengan bangunan Islam . Ia tegak sempurna dan megah dengan kelima-lima rukunnya. Tiang seri bangunan Islam ialah dua kalimah syahadah iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu utusan Allah.

Dalam erti kata yang lain ia merupakan pernyataan kepercayaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa (aqidah tahid) dan kepercayaan kepada kerasulan Muhamad. Kalau rukun ini tiada, maka tidak ada apa yang dinamakan Islam itu. Kalau satu atau dua daripada empat lagi rukun Islam yang diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan empat pancang di sekeliling sebuah khemah itu pula tiada, maka bangunan Islam akan menjadi Iemah dan tidak sempurna. Dalam keadaan keempat-empat rukun Islam selain dua kalimah syahadah tidak ada, lebih-lebih lagilah bangunan Islam itu terancam kepada keruntuhan dan kerobohan.

Perumpamaan yang dibuat Rasulullah s.a.w. ini jelas menggambarkan dua perkara berikut: 
(1) Apabila seseorang masuk ke dalam khemahnya, selamatlah dia daripada ancaman musuh dalam dan luarnya. Ia juga terpelihara daripada kepanasan dan kesejukan. Begitulah keadaannya apabila seseorang masuk ke dalam Islam yang sempurna, dia akan terselamat daripada ancaman musuh dalamannya berupa nafsu ammarah dan ancaman musuh luarnya berupa syaitan. 
Dia juga akan terpelihara daripada ancaman neraka daripada thabaqah naariyyah (azab berupa api dan kepanasan yang sangat dahsyat) dan thabaqah zamharirnya (azab neraka berupa kesejukan yang tidak terperi). 

(2) Komponen bagi sesuatu benda atau perkara terbahagi kepada dua bahagian. 
(a) Yang menyebabkan kewujudannya ( جزء مقوم). 
(b) Yang menyempurnakannya (جزء مكمل). 

Komponen daripada bahagian (a) kalau tidak ada, niscaya tidak akan wujudlah sesuatu benda atau perkara. Dalam perumpamaan yang diberikan Rasulullah s.a.w. itu kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, merupakan komponen daripada bahagian (a) atau ia merupakan  جزء مقوم bagi agama Islam. Seseorang tidak akan dikira beragama Islam sekiranya komponen ini tidak ada padanya. Sementara empat rukun selainnya pula merupakan komponen daripada bahagian (b). Seseorang yang tidak menegakkannya tetap dikira beragama Islam jika komponen pertama telah ada padanya, meskipun Islamnya itu tidak sempurna kerana ketiadaan penyempurna- penyempurnanya. Para ulama' berpendapat, walaupun rukun Islam itu hanya lima, tetapi secara simboliknya ia merangkumi hampir kesemua ajaran Islam yang Iain. Ajaran Islam itu secara keseluruhannya mungkin berupa ucapan atau tidak. Kalau berupa ucapan, maka sudah termasuk dalamnya ucapan dua kalimah syahadah. Kalau bukan berupa ucapan, mungkin ia merupakan perbuatan atau tidak. Kalau bukan perbuatan, sudah termasuk dalamnya puasa. Kerana dalam berpuasa seseorang tidak perlu melakukan apa-apa. Yang diperlukan ialah meninggalkan makan, minum dan beberapa perkara yang Iain. Kalau ia berupa perbuatan pula, maka salah satu daripada tiga bentuk perbuatan berikut tidak akan terkeluar, iaitu (a) Perbuatan yang melibatkan tubuh badan semata-mata. Sembahyang sudah termasuk di dalamnya. (b)

180

Tiada ulasan:

Catat Ulasan