Halaman

Sabtu, Disember 26, 2020

Tafsir asas quran nota 9(200)12

Tafsir asas quran nota 9(200)12

Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah:106).

Ayat ini menjelaskan Allah mengaitkan perbuatan mengganti ayat yang dinasakhkan itu dengan diri-Nya sahaja, dan Dia mendatangkan al-Qur'an sahaja sebagai gantinya. Oleh itu,al-Qur'an sahajalah yang dapat menasakhkan al-Qur'an. Tidak ada apa pun yang lebih baik
daripada al-Qur'an atau yang sebanding dengannya.

Nasakh Hadits Dengan Hadits
Pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan dalam masalah ini:
a. Pendapat jumhur: Mereka sepakat mengatakan harus Hadits menasakhkan Hadits juga, jika kedua-duanya setaraf dari segi tsabit dan dalalahnya. Dalam perkara ini, 'ulama' sepakat mengatakan Hadits Mutawatir dapat menasakhkan Hadits Mutawatir dan Hadits Aahaad. Sebaliknya Hadits Aahaad hanya dapat menasakh Hadits Aahaad sahaja dan tidak dapat menasakhkan Hadits Mutawatir. 
Contoh Hadits yang menasakh Hadits ialah, Nabi pemah menegah sahabat-sahabat daripada menziahari kubur kerana sebab tertentu, namun selepas itu Nabi tidak menegahnya. Sebagaimana sebuah Hadits:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahlah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan lain-lain).

b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Hadits Aahaad harus dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan masyhur, kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadits Aahaad.

Nasakh Hadits Dengan Al-Qur'an
Jumhur ulama berpendapat al-Quran harus menasakhkan Hadits. Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah Baitul Maddis ketika sembahyang. Sebagaimana Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

إَنَّ النَّبِىَّ(ص) أَقَامَ يَسْتَقْبِلُ  بَيْتُ الْمَقْدِسِ فِي الصَّلاةِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ بِطَلَبِ التَّوَجُّه إِلَى الكَعْبَةِ



200

Tiada ulasan:

Catat Ulasan