Halaman

Isnin, Januari 25, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 17(44)nota 14(294)

Daurah tafsir 2019 sesi 17(44)nota 14(294)

044.Surah Ad dukhan 
Da'wa atau maksud penting surah ini.
Ayat 6
رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

Surah ad dukhan
Tertib surah 44
Bilangan ayatnya 59
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 64
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-8 Pengenalan tentang al Quran dan seruan tauhid berpandukan al Quran
Paragraf 2 ayat 9-16 Sikap orang2 musyrikin,kritikan2 mereka dan keraguan serta penolakan mereka terhadap adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 17-33 Kisah penentangan Firaun dan Bani Israel dan kisah Bani Israel terselamat daripada kekejaman Firaun
Paragraf4 ayat 34-37 Penolakan adanya hari akhirat oleh orang2 musyirikin Mekah  dan ancaman untuk mereka dgn mengemukakan contoh kebinasaan kaum Tubba'
Paragraf 5 ayat 38- 42 Tujuan kejadian alam semesta
Paragraf 6 ayat 43- 50 Perincian layanan yg akan diberikan kepada orang2 musyrikin dan kafir didalam neraka
Paragraf 7 ayat 51-57 Layanan yg akan diberikan kepada orang2 yg bertaqwa didalam syurga.
Paragraf 8 ayat 58-59 Pengulangan seruan alQuran, menghiburkan Rasullah dan ancaman ketua2 kafir Quraisy

Mesej utama.
1.Balasan buruk yg akan diterima oleh orang2 yg menolak seruan alquran  dan mengingkari  aqidah tauhid dan akidah  adanya  hari akhirat ialah kebinasaan didunia dan akan masuk neraka.
2.Demikian juga balasan kepada orang2 yg mengikuti jejak Firaun memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yg tinggi tanpa sebenar  dimuka bumi.

294



Tiada ulasan:

Catat Ulasan