Halaman

Ahad, Januari 24, 2021

Da'wa surah 043 azzukhruf s

Da'wa surah 043 azzukhruf s
-Kesamaran tentang tauhid dlm berdoa iaitu menyeru selain dari Allah untuk dapat syafaat samada didunia atau untuk akhirat nanti.
-Mempelajari ilmu wahyu akan bg antibodi yg kuat kepada rohani untuk mempertahankan kesihatan aqidah.
-tak belajar ilmu wahyu menyebabkan kefahaman jadi salah iaitu seru  selain Allah,syirik akhbar dengan tujuan sebagai wakil.
-satu lagi seru Allah tetapi kata berkat  nabi atau wali atau malaikat atau jin.ini bidah.
-seru nabi,wali atau malaikat pula atas dasar berkat itu pun kufur atau syirik juga.
-semua tidak tauhid dalam berdoa  yaitu tidak iyyakanastaiin.
-Lafaz nidda ini pun doa iaitu kata wahai dengan tujuan doa.
-Seru selain allah merupakan sebahagian doa dan sangat bahaya.
- lafaz kalimah doa  seperti ya Allah.

Maksud penting surah.

Az-Zukhruf 43:86
وَلَا يَمْلِكُ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ ٱلشَّفَٰعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِٱلْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
Dan orang-orang yang menyeru kepada selain Allah tidak mendapat syafaat (pertolongan di akhirat); kecuali orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini.

Ayat 29
بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ وَرَسُولٌ مُبِينٌ
(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku sengaja memberikan mereka (yang rosak aqidah)dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.

Ayat 36
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan(memperduli) pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Ayat 37
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan