Selasa, Januari 05, 2021

Usul dirayat hadis(pengenalan)001

Usul dirayat hadis(pengenalan)001

SISTEM RIWAYAT DAN DIRAYAT DLM PENGAJIAN AL HADITS.
Secara kasar dapat dikatakan bahawa seluruh pengajian itu tersimpan didalam dua sistem yg unik pernah dipersembahkan oleh manusia dlm dunia ilmu pengetahuan iaitu:
(1)Sistem Riwayat.
(2)Sistem Dirayat.

SISTEM RIWAYAT
Sebenarnya pemakaian sistem riwayat dlm penilaian sesuatu fakta adalah khususiyyah umat Islam.Ibnu Hazm berkata,"Nukilan orang yg dipercayai juga dgn bersambung2 sampai kepada nabi saw adalah suatu keistimewaan yg diberikan oleh Allah swt kepada orang2 Islam shj tidak kepada penganut2 agama lain."

Hafidz Abu Ali Al-Jayyani berkata ,"Allah telah mengistimewakan umat Muhamad ini dgn 3 perkara yg tidak pernah dikurniakan kepada orang2 sebelumnya iaitu isnad ,ansab dan i'raab"

Kepentingan sistem riwayat  ini juga dapat dilihat pada kata2 ulama salaf dari kalangan tabiin seperti Abdulah bin Al-Mubarak,Sufyan ats-Tsauri,al-Auzaa'i dll.Abdullah bin  al-Mubarak berkata:
"Isnad itu sebahagian drp ugama"
Jikalau tidak ada isnad nescaya akan berkata sesiapa shj apa yg dia mahu(sahih muslim-j.1m/s87)

Sufyan ats-Tsauri berkata:Isnad itu senjata orang mukmin"(tadriibu ar raaawi-j.2m/s 169)

Al-Auza'ai pula berkata,"Ilmu tidak akan hilang melainkan dgn hilangnya sistem isnad.
(Muqaddimah at Tamheed-j.1 m/s15

Kajian terhadap isnad membuatkan ulama Islam yakin tentang perkara in.Mereka bukan shj menyelidiki nama2 perawi  dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman mereka hidup.Keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain drp perhubungan merekadgn tokoh2 yg lain.Bahkan mereka juga memastikan kualiti sesaorang tokoh hadith itu dgn menguji kebenaran dan kedustaanya disamping ketelitian dan amanah mereka dlm menukilkan matan2 (teks2) untuk dihukum siapakah diantara perawi2 yg boleh dipercayai riwayatnya"
(Daairatu al maarif-j.7m/s335-dipetik dr Ilmu Rijal al hadiths.
Karangan Dr Taaqiyuddin Nadwin Madzaahiri)

Sesungguhnya kalangan ulama mutaqaddimin tidak memberi penghargaan yg secukupnya kepada sesebuah kitab melainkan jika perawi kitab itu seorang tsiqah,dhabit lagi adil disamping pula membaca kitab dihadapan pengarang atau sesaorang perawi itu mempunyai sanad yg mutasil(bersambung2)dlm membaca kitab itu dan menerimanya drp guru2nya secara berterusan sampai kepada  pengarangnya sendiri.(lihat Dr Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri-Ilmu Rijalmal-Hadith m/s 23

Pemakaian sistem riwayat itu adalah suatu perkara yg dianjurkan oleh al quran sendiri.Didlm al-quran Allah swt berfirman 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 6

Pencapaian umat islam dlm bidang riwayat atau isnad ini telah melahirkan perpustakaan besar yg memuatkan buku2 yg ada kaitannya dgn sistem riwayat atau isnad seperti ilmu Mushtalahu al -hadits,ilmu rijal al-hadis,al-jarh wat ta'dil dan segala pecah2annya.

SISTEM DIRAYAT,USUL DAN KEISTIMEWAANNYA.
Sistem dirayat mempunyai pertalian yg rapat dgn sistem riwayat,namun begitu tidak semestinya apa yg diterima dlm sistem  riwayat itu akan diterima terus dlm dirayat.
Begitulah sebaliknya matan yg bertepatan dgn sistem dirayat kebanyakannya dtg melalui sanaf yg sahih mengikut sistem riwayat.(lihat Dr Subhi as-salh-uloomu wa mushtalahuhu m/s 283)

Sistem dirayat yg dimaksudkan disini ialah sistem yg termasuk dibawah ta'rif istilah khusus dlm ilmu hadits.Antara ta'rif yg diberikan berhubung dgn sistem dirayat ini ialah seperti yg telah dikemukakan oeh Nawab Siddiqqp Hasan Khan bahawa:
"Ilmu dirayat al hadits ialah suatu ilmu yg membincangkan tentang erti yg difahami drp lafaz2 hadits.Begitu juga difahami drp lafaz2 hadits.Begitu juga maksud2nya  berdasarkan kaedah2 bahasa arab dan peraturan2 syariat di samping bersesuain pula dgn keadaan nabi saw,"(Nawab Siddiq Hasan Khan-Abjadu al-uloon j.2m/s220)

Pemakaian sistem dirayat ini adalah suatu yg berlandaskan al quran al karim dan amalan para sahabat nabi saw yg mulia dan bijaksana.
Antara ayat alquran yg dpt disebutkan ialah firman allah
لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُبِينٌ


Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
-Sura An-Nur, Ayah 12


💥💥💥

USUL DIRAYAT HADIS - Sesi 1 - Muqaddimah- Maulana Asri Yusoff - 16 Ogos 2015

Published on 19 Aug 2015

USUL DIRAYAT HADIS - Panduan Mudah Untuk Mengenal Hadis Dhaif Dan Maudhu' - Sesi 1 - Maulana Asri Yusoff SISTEM RIWAYAT DAN DIRAYAT DALAM PENGAJIAN AL-HADITS Secara kasar dapat dikatakan bahawa seluruh pengajian dan pengkajian hadis itu tersimpan di dalam dua sistem yang unik pernah dipersembahkan oleh manusia dalam dunia ilmu pengetahuan iaitu: (i) Sistem Riwayat (ii) Sistem Dirayat SISTEM RIWAYAT Sebenarnya pemakaian system riwayat dalam penilaian sesuatu fakta adalah khususiyyah umat Islam. Ibnu Hazm berkata: “Nukilan orang yang dipercayai daripada orang yang dipercayai juga dengan bersambung-sambung sampai kepada Nabi s.a.w. adalah suatu keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang Islam sahaja tidak kepada penganut-penganut agama lain.” Hafidz Abu `Ali al-Jayyaani berkata, " Allah telah mengistimewakan umat Muhammad ini dengan 3 perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang-orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan i’raab” Kepentingan sistem riwayat ini juga dapat dilihat pada kata-kata `ulama’ salaf dari kalangan tabi’in seperti `Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan ats-Tsauri, al-Auzaa’i dan lain-lain `Abdullah bin al-Mubarak berkata : “Isnad itu sebahagian daripada ugama. Jikalau tidak ada isnad nescaya akan berkata sesiapa sahaja apa yang ia mahu” (Sahih Muslim – j.1 m//s 87) Sufyan ats-Tsauri berkata: “Isnad itu senjata orang mu’min” (Tadriibu ar-Raawi – j.2 m/s 160) Al-Auzaa’i pula berkata: “Ilmu tidak akan hilang melainkan dengan hilangnya sistem isnad (Muqaddimah at Tamheed – j.1 m/s/ 15). Kajian terhadap isnad membuatkan `ulama’ Islam yakin tentang perkara ini. Mereka bukan sahaja menyelidik nama-nama perawi dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman mereka hidup. Keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain daripada perhubungan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain. Bahkan mereka juga memastikan kualiti seseorang tokoh hadiths itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya disamping ketelitian dan amanah mereka dalam menukilkan matan-matan (teks-teks) untuk dihukum siapakah di antara perawi-perawi itu yang boleh dipercayai riwayatnya.” (Daairatu al-Maarif – j.7 m/s 335 – dipetik dari Ilmu Rijal al-Hadiths. Karangan Dr. Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri). Sesungguhnya kalangan `ulama’ mutaqaddimin tidak memberi penghargaan yang secukupnya kepada sesebuah kitab melainkan jika perawi kitab itu seorang tsiqah, dhabit lagi adil di samping pula membaca kitab itu dihadapan pengarang atau seseorang perawi itu mempunyai sanad yang mutasil (bersambung-sambung) dalam membaca kitab itu dan menerimanya daripada guru-gurunya secara berterusan sampai kepada pengarangnya sendiri. (Lihat Dr. Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri – Ilmu Rijal al-Hadiths m/s 23) Pemakaian sistem riwayat itu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh al-Quran sendiri. Di dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang-orang fasiq membawa sesuatu berita maka hendaklah kamu selidik dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu” (al-Hujuraat: 6) Pencapaian umat Islam dalam bidang riwayat atau isnad ini telah melahirkan perpustakaan besar yang memuatkan buku-buku yang ada kaitannya dengan sistem riwayat atau isnad seperti ilmu Mushtalahu al-Hadits, ilmu Rijal al-Hadits, al-Jarh Wat Ta’dil dan segala pecahan-pecahannya. SISTEM DIRAYAT, USUL DAN KEISTIMEWAANNYA Sistem dirayat mempunyai pertalian yang rapat dengan sistem riwayat, namun begitu tidak semestinya apa yang diterima dalam sistem riwayat itu akan diterima terus dalam dirayat. Begitulah sebaliknya matan yang bertepatan dengan system dirayat kebanyakannya datang melalui sanad yang sahih mengikut system riwayat. (lihat Dr. Subhi as-Saleh - `Uloomu al-Hadits Wa Mushtalahuhu m/s 283) Sistem dirayat yang dimaksudkan di sini ialah sistem yang termasuk di bawah ta’rif istilah khusus dalam ilmu hadits. Antara ta’rif yang diberikan berhubung dengan sistem dirayat ini ialah seperti yang telah dikemukakan oleh Nawab Siddiq Hasan Khan bahawa: “Ilmu dirayat al-Hadits ialah suatu ilmu yang membincangkan tentang erti yang difahami daripada lafaz-lafaz hadits. Begitu juga maksud-maksudnya berdasarkan kaedah-kaedah bahasa Arab dan peraturan-peraturan syariat di samping bersesuaian pula dengan keadaan Nabi s.a.w.,” (Nawab Siddiq Hassan Khan –Abjadu al-uloon j.2. m/s 220) Pemakaian sistem dirayat ini adalah suatu yang berlandaskan al-Quran al-Karim dan amalan para sahabat Nabi s.a.w yang mulia dan bijaksana. Antara ayat al-Quran yang dapat disebutkan ialah firman Allah s.w.t. : “Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukmin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri (mengapa tidak) kamu berkata, ini adalah suatu berita bohong yang nyata” (An-Nur: 12)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan