Halaman

Ahad, Februari 21, 2021

Tafsir asas quran nota 9(235-248)15s

Tafsir asas quran nota 9(235-248)15s

(11) Daripada Surah al-Maa’idah firman Allah yang bergaris di bawahnya atau [..]nanti dikatakan telah mansukh:

Al-Ma'idah 5:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ[ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ ]وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًاۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ 
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi´ar-syi´ar  Allah, dan [jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram], jangan (mengganggu) 
binatang-binatang hadyu (yang dibawa ke Mekah untuk dikorbankan), dan binatang-binatang qalaa’id (dikalongkan sebagai tanda ia adalah hadyu), dan jangan (pula) 
mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, 
mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (al-Maa’idah:2).

Yang dikatakan telah mansukh hanyalah bahagian yang bergaris di bawahnya atau kurungan itu sahaja. Di dalam ayat di atas Allah telah melarang orang-orang yang beriman daripada melanggar dan menceroboh lima perkara. Salah satu daripadanya ialah melanggar kehormatan bulan-bulan haram iaitu bulan Rajab, Dzul Qa`dah, Dzul Hijjah dan Muharram. Menurut jumhur mufassirin, maksud melanggar dan menceroboh bulan-bulan haram itu ialah berperang dengan orang-orang musyrikin di bulan-bulan itu.

Demikianlah diriwayatkan daripada Ibnu `Abbaas, Qataadah bin Di`aamah m.107H) dan lain-lain. (Lihat al-Aalusi - Ruuh al-Ma`ani j.6 m/s 53, an-Nahhaas - Kitab an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 115).

Berdasarkan tafsiran inilah ayat 2 Surah al-Maa’idah itu dikatakan telah mansukh. Abd bin Humaid, Abu Daud, Ibnu Jarir dan Ibnu al-Mundzir meriwayatkan daripada Sya`bi (Aamir bin Syuraahil m.114H) bahawa beliau berkata: “Di dalam Surah al-Maa’idah hanya ayat ini sahaja yang dimansukhkan.”

Yang memansukhkannya (nasikhnya) ialah semua firman Allah yang memerintahkan orang-orang Islam memerangi dan membunuh orang-orang musyrikan tidak kira di mana mereka berada dan bila mereka ditemui. Seperti ayat-ayat berikut:

At-Taubah 9:5
فَإِذَا ٱنسَلَخَ ٱلْأَشْهُرُ ٱلْحُرُمُ فَٱقْتُلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَٱحْصُرُوهُمْ وَٱقْعُدُوا۟ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍۚ فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَخَلُّوا۟ سَبِيلَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana saja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga 
keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang 
serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (at-Taubah:5).


An-Nisa' 4:89
وَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا۟ فَتَكُونُونَ سَوَآءًۖ فَلَا تَتَّخِذُوا۟ مِنْهُمْ أَوْلِيَآءَ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَخُذُوهُمْ وَٱقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْۖ وَلَا تَتَّخِذُوا۟ مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا 
Bermaksud: Mereka suka sekali kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti 
mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan 
Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan  bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu 
mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. (an-Nisaa’:89).

At-Taubah 9:36
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 

Bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (at-Taubah:36).

Kesimpulannya ialah Ibnu `Abbaas, Qataadah, Mujahid dan asy-Sya`bi mengatakan sebahagian daripada ayat 2 Surah al-Maa’idah itu mansukh, iaitu 

َRamai ahli Tafsir memilih pendapat ini. Ibnu Katsir bahkan mengatakan ia adalah pendapat umhur mufassirin. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir j.2 m/s 7). 

Sementara itu Saiyyidatina `Aaishah, Hasan al-Bashri, Abu Maisarah `Amar bin  Syurahbil dan lain-lain pula berpendapat, tidak ada satu pun ayat di dalam Surah al-
Maa’idah dimansukhkan. (Lihat al-Jasshaash – Ahkaam al-Qur’an j.4 m/s 161, az-Zamakhsyari – al-Kassyaaf j.1 m/s 602, Muhammad `Ali as-Shabuni - Tafsir Aayaat al-Ahkaam j.1 m/s 403). Demikian juga pendapat ahli-ahli Tafsir yang tidak menerima adanya nasakh di dalam al-Qur’an. Shah Waliyyullah termasuk salah seorang daripada mereka. Bagi mereka larangan melanggar kehormatan bulan-bulan 
haram itu bererti larangan melakukan ma`shiat dan perkara-perkara haram di bulan-bulan itu. Ma`shiat dan perkara-perkara haram bukan sahaja perlu dijauhi orang-orang yang beriman pada bulan-bulan haram itu, di bulan-bulan lain juga ia perlu dijauhi, cuma di bulan-bulan haram lebih-lebih lagilah dituntut supaya dijauhi. Termasuk juga dalam menghormati bulan-bulan haram itu ialah lebih banyak melakukan kebajikan dan ketaqwaan padanya berbanding bulan-bulan lain. Sama sekali ia tidak bererti 
bebajikan dan ketaqwaan hanya perlu dibuat pada bulan-bulan haram sahaja.

Shah Waliyyullah memahami firman Allah: وََلَٱ الشَّهْرَ ٱلحَرَام
yang  melarang melanggar  kehormatan bulan haram itu dengan erti peperangan yang haram seperti berperang sesama Islam, memerangi kafir mu`aahid dan kafir dzimmi tanpa kebenaran dan lain-lain di bulan-bulan haram lebih keji dan lebih jelik daripada di bulan-bulan lain. Itulah yang dituntut Allah supaya dijauhi sangat-sangat oleh orang-orang yang beriman. Ia tidak bererti dahulu mereka dilarang berperang pada bulan-bulan haram, mereka memang haram berperang pada bulan-bulan itu, tetapi sekarang pula mereka dibenarkan berperang padanya.Keadaannya sama seperti sabda Nabi s.a.w. pada haji wadaa` bahawa:
 إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا
Bermaksud: Sesungguhnya darah-darah kamu dan harta benda kamu haram kepadamu seperti haramnya harimu ini di bulanmu ini dan di negerimu ini. (Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibbaan, an-Nasaa’i, ad-Daarimi, `Abd bin Humaid, Baihaqi dan lain-lain). 

Hadits ini tidak bermaksud, darah-darah dan harta benda orang-orang Islam tidak haram kepada orang-orang Islam lain pada bulan-bulan selain bulan-bulan haram, selain di tanah haram dan selain pada hari ke-9 Dzul Hijjah, ia bahkan bermaksud di tempat lain selain tanah haram, di hari-hari lain selain hari ke-9 Dzul Hijjah dan di bulan-bulan lain selain bulan-bulan haram juga darah-darah dan harta benda orang-orang Islam haram kepada orang-orang Islam lain, cuma pada hari ke-9 Dzul Hijjah, di tanah haram dan bulan-bulan haram ia lebih-lebih lagi diharamkan.

Golongan `ulama’ dari aliran kedua ini berhujah juga dengan satu hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu `Ubaid daripada Dhamrah bin Habib dan `Athiyyah bin Qais di mana Baginda bersabda: 
 الَمائِدَةُ  مِنْ آ ِخِر القُرآنِ تَنْزِيلًا  فَأَحِّلَُّوا حِلَالَهَا وَحَرمُوا حَرَامَهَا  
 َBermaksud: Surah al-Maa’idah adalah antara surah-surah al-Qur’an yang terakhir diturunkan. Oleh itu, halalkanlah apa yang dihalalkannya dan haramkanlah apa yang diharamkannya.” 

Setelah mengemukakan hadits ini al-Aalusi menulis: “Sekumpulan `ulama’ berhujah dengan hadits ini bahawa tidak ada apa pun yang dimansukhkan di dalam Surah ini.” (Lihat Ruuh al-Ma`ani j.5 m/s 47).Ahmad, an-Nasaa’i, al-Haakim dan al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad mereka  daripada  Aaishah bahawa beliau  berkata ,  `
المائدة آخر سورة نزلت، فما وجدتم فيها من حًلل :فاستحلوه، وما وجدتم فيها من حرام فحرّموه
Bermaksud: Al-Maa’idah adalah Surah yang terakhir diturunkan. Apa-apa yang kamu dapati sebagai halal di dalamnya, maka terimalah ia sebagai halal dan apa-apa yang kamu dapati sebagai haram di dalamnya 
(pula), maka terimalah ia sebagai haram.” 
Al-Haakim menghukum sahih terhadap hadits ini. Dan adz-Dzahabi menyetujui keputusan al-Haakim itu. 

(12) Firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah di bawah ini juga dikatakan mansukh oleh jumhur mufassirin:

Al-Ma'idah 5:42
سَمَّٰعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّٰلُونَ لِلسُّحْتِۚ فَإِن جَآءُوكَ فَٱحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْۖ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْـًٔاۖ وَإِنْ حَكَمْتَ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ 
Bermaksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, 
maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak 
akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Maa’idah:42).

Ia dikatakan mansukh dengan ayat di bawah ini:

Al-Ma'idah 5:49
وَأَنِ ٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَٱحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيْكَۖ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu 
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al-Maa’idah:49).

Antara tokoh Salaf yang berpendapat ayat 42 Surah al-Maa’idah itu mansukh dengan ayat 49 Surah yang sama ialah Ibnu `Abbaas, Sa`id bin al-Musaiyyab, Mujahid, 
`Ikrimah, az-Zuhri, `Umar bin `Abdil `Aziz dan lain-lain.

 Menurut al-Jasshaash, ar-Raazi dan al-Qurthubi, itulah pendapat kebanyakan Salaf. Sementara segolongan 
besar ahli Tafsir yang lain pula berpendapat ayat 42 Surah al-Maa’idah itu muhkam, ia tidak dimansukhkan oleh mana-mana ayat pun. Antara tokoh Salaf yang
menganggap ayat itu muhkam dan tidak mansukh ialah Hasan al-Bashri, asy-Sya`bi, an-Nakha`i, Qataadah, `Athaa’ dan lain-lain (Lihat Fakhruddin ar-Razi – Mafaatih al-
Ghaib j.11 m/s 361). 

Shah Waliyyullah adalah salah seorang tokoh Tafsir Mut’akkhirin yang termasuk dalam golongan kedua. 

Menurut jumhur mufassirin, ayat 42 Surah al-Maa’idah memberi pilihan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada mahu menghukum ahli al-Kitab yang meruju` kepada Baginda untuk menyelesaikan kes mereka berpandukan ajaran Islam yang ada atau membiarkan mereka memilih hukum agama mereka sendiri. Pilihan seperti itu diberikan kepada Rasulullah s.a.w. untuk seketika sahaja. Panduan yang diberikan kepada Nabi s.a.w. jika Baginda hendak menyelesaikan kes mereka ialah mempastikan hukuman dijatuhkkan dengan penuh keadilan. Setelah kedudukan agama Islam lebih kuat, tiada lagi pilihan seperti itu diberikan. Nabi s.a.w. diperintah supaya melaksanakan hukum Islam yang diturunkan oleh Allah sahaja ke atas setiap ra'yat dan warganegara di bawah pemerintahan Baginda, baik ia muslim, Ahlil Kitab atau siapa saja. Perintah ini diberi Allah kepada NabiNya melalui ayat 49 Surah al-Maa'idah. Dengan itu termansukhlah pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 Surah al-Maa'idah. sama ada mahu menghukum Ahlil Kitab menurut hukum Islam atau menyerahkan kepada mereka sendiri untuk menyelesaikan apa-apa kes dan perkara yang berlaku di kalangan mereka berdasarkan peraturan dan hukum yang ada pada mereka.

Menurut Shah Waliyyullah dan ahli-ahli Tafsir dari golongan kedua yang tidak menerima ayat 42 Surah al-Maa'idah di mansukhkan oleh ayat 49, mereka mengatakan ayat 49 sebenarnya hanya menjelaskan maksud ayat 42. القسط
(keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu mujmal, ma'nanya masih samar-samar.Ayat 49 menjelaskannya. Ayat 49 menjadi mubayyin dan mufasshil bagr ayal 42.
Perkataan القسط (keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu tidak lain dan tidak bukan ialah "apa yang diturunkan oleh Allah". Perintah Allah di dalam ayat 42 supaya NabiNya menghukum di antara mereka dengan adil itu ialah menghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Ini kerana keadilan yang betul-betul terjamin kebenarannya hanyalah yang datang dari Allah. Soal pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 itu, ia tetap diberikan kepada Baginda khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan, adat resam dan sebagainya. Ra'yat bukan muslim di dalam negara Islam dibenarkan meruju' dalam perkara itu kepada pendeta-pendeta atau ketua-ketua mereka sendiri.Kalau ada pun kes-kes jenayah yang diminta mereka supaya Nabi s.a.w. menyelesaikannya dan Nabi s.a.w. pula menyuruh meruju' kepada hukum yang
terdapat di dalam agama mereka, tentulah ia yang tidak bercanggah dengan apa yang diturunkan oleh Allah juga. Sebagai contohnya hukuman ke atas penzina muhshan.
Hukuman ke atas penzina Muhshan yang terdapat di dalam Kitab Taurat yang ada dizaman Nabi s.a.w. jiga sama dengan hukuman menurut hukum Islam iaitu rejam. Jadi
menyuruh mereka meruju' kepada kitab suci mereka dalam kes-kes jenayah sama sekali bukan untuk mendaulatkan hukum bukan Islam. Sebaliknya untuk mencelikkan
mata mereka terhadap keadilan hukum Islam. Dengan menyuruh mereka meruju' kepada Bible, Nabi s.a.w. seolah-olahnya hendak membuktikan kebenaran hukum
rejam yang terdapat dalam Islam, kerana ia juga terdapat di dalam Bible (Lihat Sifir Istitsna' Bab 22 Ayat 23-24), kitab suci mereka. Jadi apa lagi alasan mereka untuk menolak hukuman had yang terdapat dalam Islam?

Sesetengah 'ulama'  yang tidak menerima ayat 42 dimansukhkan oleh ayat 49 berpendapat, ayat 42 yang memberi pilihan kepada Nabi s.a.w. sama ada hendak
menghukum di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpaling dari mereka, dan apa yang ditekankan oleh Allah ialah menghukum diantara mereka dengan adil itu berkaitan dengan orang-orang kafir mu'aahad. Tidak menjadi tanggungjawab Rasulullah sebagai ketua negara Islam menyelesaikan kes yang berlaku di antara mereka di negeri mereka sendiri.

Terpulanglah kepada Rasulullah s.a.w. sama ada hendak menyelesaikan kes yang dikemukakan olehmereka kepada Baginda atau tidak. Sementara ayat 49 pula berkenaan dengan kafir dzimmi. Mereka juga terikat dengan sebahagian hukurn-hakam Islam, baik dalam kes-kes sivil, pesaka, jual beli, jenayah dan lain-lain. Dalam kes jual beli arak, babi dansebagainya, mereka tidak terikat dengan hukum Islam. Demikian juga dalam kes jenayah perzinaan misalnya, meskipun mereka juga ditegah melakukannya dan boleh dikenakan hukurnan-hukuman tertentu apabila terbukti telah rnelakukannya, namun mereka tidak akan direjam. Kerana menurut sesetengah 'ulama' (seperti Imam AbuHanifah, Malik dan lain-lain) salah satu syarat untuk dilaksanakan hukuman rejamialah Islam. Pelakunya mestilah seorang muslim. (Lihat Ahrnad bin Mustafa al-
Maraghi - Tatsir al-Maraghi j.6 rn/s 121, Muhammad Rasyid Ridha - Tafsir al-Manaar j.6 mls325-326, Dr Wahbah az-Zuhaili - at-Tafsir al-Munir i.6 m/s 196-197.

(13) Firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah di bawah ini juga dikatakan mansukh oleh sekumpulan 'ulama':

Al-Ma'idah 5:106
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ شَهَٰدَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ حِينَ ٱلْوَصِيَّةِ ٱثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ ءَاخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَأَصَٰبَتْكُم مُّصِيبَةُ ٱلْمَوْتِۚ تَحْبِسُونَهُمَا مِنۢ بَعْدِ ٱلصَّلَوٰةِ فَيُقْسِمَانِ بِٱللَّهِ إِنِ ٱرْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِى بِهِۦ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۙ وَلَا نَكْتُمُ شَهَٰدَةَ ٱللَّهِ إِنَّآ إِذًا لَّمِنَ ٱلْءَاثِمِينَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh
dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit
yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, (hendaklah) karnu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan narna Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu
dari kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. (al-Maa'idah: 106).

Kata as-Suyuthi dan lain-lain, ia dimansukhkan dengan ayat berikut:
At-Talaq 65:2
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا۟ ذَوَىْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا 
Bermaksud: Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka
dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi
saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (at-Thalaaq:2).

Ada juga 'ulama' yang menyebutkan nasikh bagi ayat 106 Surah al-Maa'idah itu adalah ayah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:282

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱكْتُبُوهُۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌۢ بِٱلْعَدْلِۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَن يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ ٱللَّهُۚ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ ٱلَّذِى عَلَيْهِ ٱلْحَقُّ وَلْيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْـًٔاۚ فَإِن كَانَ ٱلَّذِى عَلَيْهِ ٱلْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُۥ بِٱلْعَدْلِۚ وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ أَن تَضِلَّ إِحْدَىٰهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَىٰهُمَا ٱلْأُخْرَىٰۚ وَلَا يَأْبَ ٱلشُّهَدَآءُ إِذَا مَا دُعُوا۟ۚ وَلَا تَسْـَٔمُوٓا۟ أَن تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰٓ أَجَلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ ٱللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَٰدَةِ وَأَدْنَىٰٓ أَلَّا تَرْتَابُوٓا۟ۖ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَاۗ وَأَشْهِدُوٓا۟ إِذَا تَبَايَعْتُمْۚ وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌۚ وَإِن تَفْعَلُوا۟ فَإِنَّهُۥ فُسُوقٌۢ بِكُمْۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
ٱلْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُۥ بِٱلْعَدْلِۚ [وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ ]أَن تَضِلَّ إِحْدَىٰهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَىٰهُمَا ٱلْأُخْرَىٰۚ وَلَا يَأْبَ ٱلشُّهَدَآءُ إِذَا مَا دُعُوا۟ۚ وَلَا تَسْـَٔمُوٓا۟ أَن تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰٓ أَجَلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ ٱللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَٰدَةِ وَأَدْنَىٰٓ أَلَّا تَرْتَابُوٓا۟ۖ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَاۗ وَأَشْهِدُوٓا۟ إِذَا تَبَايَعْتُمْۚ وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌۚ وَإِن تَفْعَلُوا۟ فَإِنَّهُۥ فُسُوقٌۢ بِكُمْۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu betmu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklahseorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah rnengajarkannya, maka hendaklah iamenulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimla'kan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia
mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimla'kan, maka hendaklah walinya mengimla'kan dengan jujur.[ Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki. maka
(boleh) seorang lelaki dan dua oranq perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai], supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi dapat mengingatkannya. Janganlah saksi-saksitu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah
mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'arnalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka kamu tidak berdosa, jika tidak menulisnya. Dan persaksikanlah
apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan.Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu
kefasikan pada dirirnu. Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Baqarah:282).

Yang dianggap sebagai naasikh daripada ayat 282 Surah al-Baqarah ini ialah bahagian yang bergaris di bawahnya itu Atau [...]. Biar apapun, kedua-dua ayat yang dikemukakan diatas boleh saja diterima sebagai naasikh bagi ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah itu.

Sebenarnya bahagian yang bergaris atau kurungan[..] di dalam ayat 106 Surah al-Maa'idah itu sahaja
yang menjadi kontroversi di kalanganpara ahli Tafsir. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam mentafsirkannya:
(a) Golongan yang mentafsirkannya dengan: آخَرَانِ مِنْ غَيْرِ مِلَتِكُمْ iaitu dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu. Inilah tafsiran yang dinukilkan daripada Sa'id bin
al-Musaiyyab, Muhammad bin Sirin, Sa'id bin Jubair, asy-Sya'bi, Sulaiman at-Taimi dan lain-lain. 

Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan tafsiran ini. Ia menjadi pilihan kebanyakan penterjemah al-Qur'an dalam bahasa Melayu. Tafsiran ini jugalah yang dijadikan asas oleh dua orang pentafsir terkenal dalarn bahasa Urdu,Maulana Asyraf 'Ali Thanwi di dalam Bayan al-Qur'annya dan Maulana Syabbir Ahmad' Utsmani di dalam Tafsir' Utsmaninya. 

Tiga orang imam besar umat Islam, Abu Hanifah, Malik dan asy-Syafi'e mengaitkan firman Allah "dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu" itu dengan orang-orang bukan Islam, baik ia dari kalangan Ahli Kitab atau bukan Ahli Kitab. Ia umum untuk semua bukan Islam (orang kafir). Kerana lafaz yang digunakan oleh Allah di situ memang memberi erti umum.

Imam Ahmad pula kerana mengambil kira latar belakang dan sebab turun ayat berkenaan mengkhususkannya dengan bukan Islam dari kalangan Ahli Kitab sahaja.
Bertolak dari kefahaman itulah Imam Ahmad berpendapat, kesaksian Ahli Kitab yang merupakan rakyat negara Islam atau kafir dzimmi dalam perkara wasiat sahaja boleh
diterima. Itupun dengan syarat apabila tidak ada orang Islam yang dapat dijadikan saksi. Bagi beliau ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah itu tidak mansukh.

Itulah yang diisyaratkan oleh Shah Waliyyullah di dalam al-Fauzu al-Kabir dengan kata beliau: قلت قال أحمد بظاهر الآية Bermaksud: Imam Ahmad berpegang dengan zahir
ayat berkenaan.

Ibnu al-Mundzir berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Ibnu Qudaamah al-Hambali(m.620H) telah berkata, inilah juga mazhab Qadhi Syuraih, Ibrahim an-Nakha'i, al-Auzaa'i dan Yahya bin Hamzah. Beliau juga telah berkata, berdasarkan pendapat inilah Ibnu Mas'ud dan Abu Musa al-Asy'ari memutuskan kes yang dibawakan ke hadapan mereka. (Lihat Ibnu Qudaamah - al-Mughni j.10 m/s 180). Ibnu 'Abbaas juga dinukilkan berpendapat demikian. Al-Qurthubi adalah antara tokoh mufassir yang menyokong kuat pendapat Ahmad itu. Bagi beliau antara perkara yang menguatkan pendapat ini ialah kerana ia merupakan pegangan tiga orang sahabat yang masih hidup ketika ayat berkenaan diturunkan. Mereka juga tentunya lebih mengetahui tentang sebab turunnya. (Lihat al-Qurthubi -Tafsir al-Qurthubi j.6 m/s 349-351 ).

Bagaimanapun kebanyakan orang yang menerima ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah dengan tafsiran yang dikemukakan sebelum ini menerima juga bahawa ia
telah mansukh. Antara tokoh yang berpendapat ia mansukh Zaid bin Aslam, Malik, Syafi'e, Abu Hanifah dan lain-lain fuqaha'. Sebabnya ialah orang-orang kafir biar bagaimanapun keadaannya tidak harus dijadikan sebagai saksi dalam urusan umat Islam. Inilah yang difahami mereka daripada firman Allah di dalam dua ayat yang
dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah. Bagi mereka, itulah maksud Allah dengan firmanNya:  واشهد ذوي منكم  (dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu) ya'ni orang-orang Islam. Demikian juga dengan firmanNya: وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ
(Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu).Jika tidak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuandari saksi-saksi yang kamu redhai). Maksud orang-orang lelaki "di antaramu" ialah dikalangan orang-orang Islam. Dan maksud "dari saksi-saksi yang kamu redhai" juga tentu sekali dari kalangan orang-orang Islam.
(b) Golongan yang mentafsirkannya dengan: آخَرَانِ مِنْ غَيْرِ أَقَارِبِكُمّ Maksudnya: dua orang lain yang bukan merupakan kerabat (atau saudara-mara) kamu. 
Antara tokoh Salaf yang mentafsirkan begini ialah Hasan al-Bashri, az-Zuhi, 'lkrimah dan lain-lain.
Shah Waliyyullah memilih tafsiran ini. Dengan menerima tafsiran ini tidak timbul lagi soal keperluan menganggap mansukhnya ayat 106 Surah al-Maa'idah itu, kerana "dua
orang lain yang bukan merupakan kerabat atau saudara-mara kamu" itu juga tentunya terdiri daripada orang-orang Islam.

(14) Firman Allah di dalam Surah al-Anfaal berikut dikatakan mansukh oleh
kebanyakkan ulama'   Tafsir:
Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang. Jika ada,dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua
ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, niscayamereka akan dapat rnengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang
kafir itu kaurn yang tidak mengerti. (al-Anfaal: 65).

Ia dikatakan telah mansukh dengan ayat 66 di bawah ini:
Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripadamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. 
(al-Anfaal:66).

Sebenarnya bukan semua sekali ayat 65 itu dida'wa mansukh oleh pihak yang menerimanya sebagai mansukh, ia hanya melibatkan ⅔ daripadanya sahaja. Adapun
bahagian awalnya iaitu: حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ , bahagian itu tetap dikatakan muhkam oleh mereka. Menurut keterangan daripada hadits, Apabila turun perintah Allah melalui ayat 65 Surah al-Anfaal, ia terasa berat oleh para sahabat. Di dalamnya Allah mewajibkan orang-orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh pula 200 orang. Ia
membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari daripada medan peperangan sekiranya tentera Islam dalam keadaan nisbah 1:10. Maka pergilah mereka mengadu
hal kepada Nabi s.a.w. Tidak lama kemudian turunlah pula ayat 66 Surah yang sama.Di dalamnya diisyaratkan bahawa hukum wajib menghadapi musuh yang berjumlah
200 orang dan tentera Islam 20 orang itu dimansukhkan serta digantikan dengan hukum baharu yang lebih ringan, iaitu tentera Islam wajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang. Dengan nisbah 1:2.
Ibnu 'Abbaas adalah salah seorang tokoh sahabat yang mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 Surah yang sama. An-Nahhaas dengan
sanadnya telah meriwayatkan dengan lafaz yang terang daripada 'Athaa' (al-Khurasani) bahawa Ibnu 'Abbaas mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 daripada Surah yang sama. Sementara dalam riwayat Bukhari daripada Ibnu 'Abbaas menerusi az-Zubair bin Khirrit daripada 'Ikrimah pula beliau (Ibnu 'Abbaas) rnenggunakan lafaz takhfif sahaja untuknya, bukan lafaz
nasakh. (Lihat an-Nahhaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 470, al-Bukhari - Sahih al-Bukhari i.14 m/s 206).

Shah Waliyyullah seperli Jalaluddin as-Suyuthi, Ibnu al-'Arabi dan kebanyakan 'ulama' Tafsir yang lain menerima ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan dengan
ayat 66 Surah yang sama.

Abu Ja'far an-Nahhaas bagaimanapun berpendapat, apa yang berlaku dalarn masalah ini ialah takhfif bukan nasakh. Sebagaimana orang musafir yang dirukhsahkan
(dibenarkan) berbuka (tidak berpuasa atau tidak meneruskan puasa) sebagai takhfif(keringanan) untuknya. Sedangkan jika ia tetap berpuasa, maka itu lebih afdhal
baginya. Kalau rukhsah takhfif seperti itu tidak tepat dikatakan nasakh, maka begitulah juga dengan takhfif yang tersebut di dalam ayat 66 Surah al-Anfaal itu tidak
tepat dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 55 sebelumnya. Sekiranya seseorang tetap memakai apa yang tersebut di dalarn ayat 66 dan ia menghadapi musuh dengan nisbah
bilangan 1 lawan 10 (1:10) kerana yakin dengan kemampuannya, tetap juga ia akan mendapat pahala dan ganjaran yang lebih. Ia sama sekali tidak akan berdosa
kerananya. Bagaimanapun itu bukanlah suatu kewajipan ke atasnya. Oleh sebab itu istilah yang tepat untuknya ialah takhfif seperti yang digunakan oleh Allah di dalam
ayat 66 Surah al-Anfaal, bukan nasakh. (Lihat an-Nahhaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh mls 470).

Demikian juga kata al-'Allamah Rasyid Ridha di dalam Tafsirnya al-Manaar. Bagi beliau di sini juga tidak berlaku sebarang nasakh, kerana kedua-dua ayat itu diturunkan hampir serentak sebelum perang Badar, bukan ayat 66 diturunkan sekian lama selepas turunnya ayat 65 dalam peristi',va yang berlainan. Untuk berlakunya nasakh semestinya ayat yang dikatakan mansukh itu telah berlalu dalam satu jangka masa di mana ia dapat diamalkan sekurang-kurangnya satu kali. Soalnya bagaimanaakan ada ruang masa selama itu jika kedua-duanya diturunkan dalam peristiwa yang sama. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ayat 65 menceritakan keadaan orang-orang mu'min ketika mereka kuat, tidak kira pada bila-bila masa pun. Pada ketika itu 20 orang daripada mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh dan 100 orang mu'min pula akan dapat mengalahkan 1000 orang musuh. Ertinya dalam nisbah 1lawan 10 (1:10). Dalam keadaan mereka lemah pula, mereka diwajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang atau mereka berjumlah 1000 orang, sedang pihak musuh pula berjumlah 2000 orang, ertinya dengan nisbah 1 lawan 2 (1:2). Begitulah sepatutnya orang-orang mu'min. mereka dalam keadaan bagaimana sekalipun dikehendaki
menghadapi pihak musuh dengan penuh kecekalan walaupun bilangan mereka lebih kecil berbanding bilangan pihak musuh. Dan memang itupun yang telah berlaku
dalam sejarah awal umat ini. (Lihat Tafsir al-Manaar j.10 m/s 69-70).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan