Halaman

Khamis, Februari 25, 2021

Tafsir asas quran nota 9(252)16

Tafsir asas quran nota 9(252)16

memansukhkannya. Alasan beliau ialah bagaimana Allah akan memerintahkan sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh orang-orang yang uzur seperti tersebut didalam ayat-ayat itu setelah Dia sendiri berfirman:

Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ  
Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya. . . (al-Baqarah:286)

Apa yang tersebut di dalam ayat-ayat 91-92 Surah at-Taubah dan ayat 17 Surah al-Fath, demikian juga ayat 122 Surah at-Taubah adalah tentang orang-orang uzur dan
dikecualikan dari perintah Allah yang tersebut di dalam ayat 41 Surah at-Taubah.

Semuanya bersesuaian dengan firmanNya di dalam ayat 286 Surah al-Baqarah yang baru sekejap dikemukakan. Allah tidak pernah pun memerintah orang-orang uzur
pergi berperang. Yang diperintahNya supaya pergi ialah orang-orang yang mampu,baik dalam keadaan kelengkapan perang kurang mencukupi atau pun mencukupi.

Satu lagi alasan Shah Waliyyullah bagi tidak mansukhnya ayat 41 Surah at-Taubah,andaikata kita menerima Allah memang memerintahkan semua orang Islam supaya
keluar berjihad, sama ada mereka sakit atau sihat, buta atau celik. lemah atau kuat lelaki atau perempuan dan tua atau muda, maka itu hanya dikhususkan dengan
keadaan di mana serangan pihak musuh tidak mampu lagi dihadapi oleh tentera-tentera Islam yang sememangnya ditugas untuk mempertahankan negara. Dalam
keadaan seperti itu sajalah seruan jihad oleh pihak ketua negara Islam ditujukan kepada semua rakyat dan warga negara (النفير العام) agar bangkit mengangkat senjata
melawan musuh. Dalam suasana seperti itulah semua orang berkewajipan (fardhu 'ain) mengangkat senjata, tidak kira bagaimana sekalipun keadaannya. Adapun dalam
keadaan tidak terlalu terdesak, tidaklah semua orang perlu dikerah menyertai pasukan tentera. orang-orang yang uzur dan mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab lain
dikecualikan.

Al-Qurthubi, Muhammad 'Abduh, muridnya Rasyid Ridha, Syeikh Muhammad Sayyid at-Thanthawi (Syeikhul Azhar yang lalu), Syeikh Muhammad Tsanaullah al-Mazha,'i, Maulana Ashraf 'Ali at-Thanwi dan lain-lain adalah antara tokoh tafsir yang sependapat dengan Shah Waliyyullah tentang tidak mansukhnya ayat 41 Surah at-Taubah. Adapun Ibnu 'Abbaas dan lain-lain Salaf yang dinukilkan daripada mereka

252

Tiada ulasan:

Catat Ulasan