Jumaat, Februari 26, 2021

Tafsir asas quran nota 9(253)16

Tafsir asas quran nota 9(253)16

bahawa mereka mengatakan ayat itu mansukh, maka istilah nasakh yang dipakai Salafitu tidaklah menurut istilah yang diterima pakai oleh golongan 'ulama' muta'akkhirin.
Ia hanya dipakai mereka dengan erti takhsis atau pengecualian semata-mata. (LihatTafsir al-Qurthubi j.8 m/s 150-151, Tafsir al-Mazhan j.4 m/s 220, Tafsir al-Manar
j.10 m/s 398 dan j.11 m/s 64, Tafsir al-Wasith j.6 m/s 297-298, dan Tafsir Bayanul Qur'an j.4 m/s 113).

Kesimpulannya ayat ke-41 Surah at-Taubah itu tidak perlu dikatakan mansukh. Ia tetap dapat dipakai buat selama- lamanya apabila keadaan memerlukan.

(16) Firman Allah di dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur yang akan dikemukakan dibawah ini juga dikatakan telah mansukh:

An-Nur 24:3
ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Laki-laki yang berzina tidak boleh mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak boleh
dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan kepada orang-orang yang beriman. (an-Nuur:3).

Kata al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi, ayat ini dimansukhkan oleh ayat berikut:
An-Nur 24:32
وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian (bujang, baik lelaki maupun perempuan) dari kalanganmu, dan orang-orang yang layak berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui. (an-Nuur:32).

Ayat ke-3 Surah an-Nuur itu menurut orang-orang yang mengatakan ia mansukhbererti penzina atau orang yang pernah berzina haram dan tidak boleh berkahwin
dengan orang yang memelihara dirinya daripada perzinaan. Perkahwinannya bahkan tidak sah. Ia hanya boleh berkahwin dengan penzina seumpamanya atau dengan orang

253

Tiada ulasan:

Catat Ulasan