Halaman

Selasa, Mac 02, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(49)nota 14(317-319)s

Daurah tafsir 2019 sesi 19(49)nota 14(317-319)s

Surah 049 Alhujurat
Undang-undang Negara Islam 
1.Mendahulukan Allah dan Rasul dalam apa saja perkara 
2.Beradab dengan Nabi saw.
3.Mendamaikan  2 pihak yang bersengketa .
4.Mesti adil.
5.Tidak boleh merendah-rendahkan orang lain.
6.Menghilangkan sangka buruk.
7.Larangan berbangga dengan keturunan.

Surah Al Hujurat
Tertib surah 49
Bilangan ayatnya 18
Bilangan rukuk 2
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 106
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1 Hak2 Allah 
Paragraf 2 ayat 2-5 Hak2 Rasullah 
Paragraf 3 ayat 6-13 Jalan2 menjaga hak2 sesama Muslimin
Paragraf 4 ayat 14-15 Perbezaan diantara Iman yg sebenar dan Islam.
Paragraf 5 ayat 16-18 Rawatan penyakit2 orang2 munafiq boleh didapat pada  sifat2 Allah.

Mesej Utama 
Disamping sentiasa menjaga diri daripada sifat2 nifaq,kamu hendaklah sentiasa menunaikan  hak2 Allah ,hak2 Nabi Muhamad dan hak2 orang2 Islam  yg lain.


Zaman Diturunkan
Surah al-Hujuraat adalah satu Surah Madaniyyah, ia diturunkan selepas pembukaan Mekah sekitar tahun
ke-9 Hijrah yang merupakan عام الوفود  iaitu tahun di mana Rasulullah s.a.w. banyak dikunjungi oleh rombongan- rombongan dari luar Madinah.

Perkaitan Surah Al-Hujurat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Fath sebelum ini telahpun diberikan berita gembira kepada umat Islam bahawa mereka akan mendapat banyak kemenangan dan harta ghanimah, orang-orang munafiq pula dinasihati supaya mengikhlaskan amalan mereka. Di dalam Surah al-Hujuraat ini pula dikatakan mengikhlaskan amalan bererti meninggalkan sifat nifaq, tidak mendahului Allah dan Rasul atau Kitab dan Sunnah, menjaga hak-hak Allah, menjaga hak-hak Rasulullah dan menjaga hak-hak sesama Islam di samping
mempunyai akhlak-akhlak mulia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini orang-orang Islam yang mentah dan orang-orang munafiq diseru sebanyak 5 kali dengan lafaz يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ (Ayat: 1,2, 6, 11 dan 12). Penggunaan seruan seperti itu bertujuan menampakkan kepada mereka bahawa perisytiharan dengan lidah dan pengakuan sebagai Islam mereka pada zahimya tidak bersesuaian dengan tuntutan iman.

Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyadari.

Al-Hujurat 49:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

Al-Hujurat 49:11
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.

Al-Hujurat 49:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.

2. Orang-orang Islam dinasihati supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq, mereka sebaliknya mesti menyelidik terlebih dahulu dan tidak bertindak secara gopoh berdasarkan cerita orang fasiq, mereka dinasihati supaya menyelidik dan memeriksa terlebih dahulu segala cerita yang sampai kepada mereka supaya tidak menyesal kemudian (Ayat: 6).إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟

3. Firman Allah  إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ  yang terdapat di dalam surah ini menjelaskan kepada umat Islam tentang persaudaraan sejagat mereka. Persaudaraan Islam tidak berasaskan warna kulit, keturunan, keluarga dan negara malah ia terjalin hasil daripada beriman kepada Allah dan Rasul terakhir daripada Allah (Ayat:10).

Al-Hujurat 49:10
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

4. Orang-orang Islam dilarang mengumpat sesama Islam, mendedahkan ke'aiban mereka kepada orang lain, memandikan dan mengkafankan orang-orang Islam yang mati disamping menyembahyangkan jenazah mereka, memohon ampun untuk mereka, mereka diminta menyegerakan pengebumian orang mati supaya tidak tersebar bau yang busuk dan macam-macam penyakit yang lain. Orang-orang Islam diminta supaya memperbaiki hubungan sesama mereka, bukan mencela dan memburukkan satu sama lain, mereka seharusnya berdoa kepada sesama saudara mereka. Di dalam surah ini perbuatan mengumpat diibaratkan dengan memakan daging saudara yang telah mati, tujuannya ialah supaya umat lslam mengelak diri daripada perbuatan keji itu 
(Ayat: 12).
وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ

Al-Hujurat 49:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.


5. Firman Allah   إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ menjelaskan bahawa orang yang mulia dan terhormat di sisi Allah ialah orang yang lebih ketaqwaannya iaitu orang yang tidak menghampiri perkara-perkara yang diharamkan Allah (Ayat 13).

Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.


6. 5 sifat orang-orang mu'min yang sebenar disebutkan di dalam surah ini. Orang-orang mu'min yang sebenar ialah yang percaya kepada Allah, percaya kepada Rasulullah dan mereka yakin penuh dengan agama Allah selain itu mereka sanggup mengorbankan harta benda dan nyawa di jalan Allah (Ayat: 15).إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ

Al-Hujurat 49:15
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ 
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan