Daurah tafsir 2019 sesi 19(50)nota 14(320-425)s
050.Surah Qaff
-Surah pilihan(surah mufasol) nabi yg dibaca ketika berjemaah
-bermula dgn surah ini atau hujurat.
-Surah-surah mufasol ada panjang dan pendek serta sederhana.
-Perkara penting dalam surah ini dan surah2 akhir selepas ini adalah mengenai akhirat.
- Gambaran suasana akhirat yang tidak boleh dilihat didunia ini banyak diceritakan dalam alquran yang mana merupakan keistimewaan alquran
-Allah bersumpah dengan Al-quranNya
-Betapa qudrat (Allah Maha kuasa)dan sempurna ilmunya Allah (Allah Maha Mengetahui)dapat beri balasan keatas manusia diakhirat
Surah qaff
Tertib surah 50
Bilangan ayatnya 45
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 34
Bilangan paragrafnya ada 8
Paragraf 1ayat 1-5 Kritikan orang2 musyrikin Mekah
Paragraf 2 ayat 6-11Dalil2 keharusan adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 12-14 Pengajaran daripada 4 kaum yg telah ditimpa azab
Paragraf 4 ayat 15 Dalil akhirat
Paragraf 5 ayat 16-30 Balasan akan masuk kedalam neraka jahanam adalah tepat dgn keadilan.
Paragraf 6 ayat 31-35 Pahala hati yg kembali kepada. Allah
Paragraf 7 ayat 36-38 Pengajaran daripada sejarah kebinasaan bangsa2.
Paragraf 8 ayat 39-45 Beberapa panduan untuk Rasullah.
Mesej utama
1.Dalil2 aqliy dan dalil2 daripada sejarah pendustaan terhadap kerasulan dan adanya hari akhirat dan tidak percayakan kerasulan nabi Muhamad saw
2.Perintah supaya Rasullah saw bersabar , bertasbih , bertahmid dan bersolat selain daripada mengingatkan manusia dengan alquran tentang hal ehwal syurga dan neraka.
Zaman Diturunkan
Surah Qaf adalah satu Surah Makkiyyah, ia mungkin sekali diturunkan selepas perintah berda'wah secara terbuka di akhir tahun ke-5 Kenabian selepas berlaku hijrah ke Habsyah. Zaman itu dipanggil zaman تذكير iaitu zaman mengingatkan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang pokok-pokok ajaran agama Islam, ketika itu belum lagi berlaku penganiayaan dan kezaliman terhadap orang-orang Islam, walau bagaimanapun suara-suara mendustakan Rasulullah s.a.w. sudah mula kedengaran. Surah ini dilihat dari segi kandungan dan gaya bahasanya menyerupai Surah al-Mulk.
Kelebihan Surah Qaf
1. Rasulullah s.a.w. selalu membacanya dalam sembahyang 2 Hari Raya, sembahyang Juma'at dan juga
sembahyang Maghrib. Sayyidina 'Umar pernah bertanya Abu Waqid al-Laitsi tenqqtang surah-surah apakah yang selalu Rasulullah s.a.w. baca dalam sembahyang2 Hari Raya, jawab Abu Waqid
كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ وَاقْتَرَبَتْ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Bermaksud: 'Nabi s.a.w. selalu membaca di dalam
sembahyang 2 hari raya Surah Qaf dan Surah al-Qamar
". Hadits riwayat Shahih Muslim, Kitab Sembahyang 2 Hari Raya, Hadits 2,096.
2. Rasulullah s.a.w. juga selalu membaca Surah Qaf dalam sembahyang Subuh supaya ia diingati (dihafal) oleh para sahabat dan dihayati pula kandungannya. Qutbah bin Malik meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Surah Qaf di dalam sembahyang Subuh سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ
{ وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَهَا طَلْعٌ نَضِيدٌ }
Dia mendengar Nabi saw membaca dalan solat subuh
{Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun}
Sahih Muslim, Kitab Shalat, Bab Bacaan dalam
sembahyang Subuh, hadits 1,053.
3. Jabir bin 'Abdillah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga membaca Surah Qaf di dalam sembahyang Maghrib dan surah-surah lain seumpamanya
كَانَ يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ بِق وَالْقُرْآنِ وَنَحْوِهَا.
Dan bahawa dia membaca dalam solat subuh Qaf wal quran dan semisalnya.
Sahih Muslim, Kitab Shalat, Bab Bacaan pada sembahyang Subuh, hadits 1,056.
Perkaitan Surah Qaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. 3 Surah sebelum ini adalah surah-surah Madaniyyah iaitu Surah Muhammad, Surah al-Fath dan Surah al-Hujuraat, 7 surah bermula dari Surah Qaf dan surah-surah seterusnya adalah Surah Makkiyyah. Tema utama surah-surah itu ialah hal ehwal akhirat dan dalil-dalil yang membuktikan kebenaran wujudnya hari akhirat.
2. Perintah jihad yang terdapat di dalam Surah Muhammad, berita gembira tentang kemenangan orang-orang Islam yang terdapat di dalam Surah al-Fath dan hak-hak yang tersebut di dalam Surah al-Hujuraat semuanya disyaratkan dengan adanya kepercayaan kepada hari akhirat yang tersebut di dalam Surah Qaf dan surah-surah selepasnya.
3. Di dalam Surah az-Dzaiyaat selepas ini dikemukakan dalil-dalil تاريخي،نقلي،عقلي،سماني،أرضي،آفاقي dan أنفسي untuk membuktikan kebenaran adanya hari akhirat.
Hizib Terakhir
Dari Surah Qaf bermulalah hizib ke-7 al-Qur'an,ia merupakan hizib terakhir di dalam al-Qur'an.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
Surah Qaf adalah satu surah yang menarik dan sangat kuat kesannya dilihat dari sudut perkataan-perkataan yang digunakan, rima-rimanya dan gaya bahasanya serta erti-ertinya yang begitu mendalam.
Di dalam surah ini dikemukakan dalil-dalil عقلي bagi kewujudan akhirat untuk menyedarkan قَلْبٌ مُنِيِب
yang akan mendorong manusia menjadi عبدٌ مُنِيب
1. Di dalam surah ini dikemukakan beberapa kritikan dan bantahan orang-orang musyrikin Mekah terhadap al-Our'an.
(a) Kenapa Qur'an ini diturunkan kepada seorang Muhammad saja daripada sekian ramai orang-orang
Quraisy (Ayat:2).أَن جَآءَهُم مُّنذِرٌ مِّنْهُمْ
Qaf 50:2
بَلْ عَجِبُوٓا۟ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ ٱلْكَٰفِرُونَ هَٰذَا شَىْءٌ عَجِيبٌ
(Mereka tidak menerimanya) bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir, “Ini adalah suatu yang sangat ajaib.”
(b) Seruan al-Qur'an tentang akhirat tidak masuk aqal kita (Ayat: 3).ذَٰلِكَ رَجْعٌۢ بَعِيدٌ
Qaf 50:3
أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًاۖ ذَٰلِكَ رَجْعٌۢ بَعِيدٌ
Apakah apabila kami telah mati dan sudah menjadi tanah (akan kembali lagi)? Itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin.
2. Di dalam surah ini disebutkan sifat-sifat pemimpin- pemimpin musyrikin Mekah.
(a) Sangat tidak bersyukur كَفَّارٍ (Ayat:24).
(b) Sangat degil dan keras kepala terhadap kebenaran عَنِيدٍ (Ayat:24).
(c) Sangat suka mencegah orang daripada kebaikan مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ(Ayat: 25).
(d) Melampaui batas مُعْتَدٍ(Ayat:25).
(e) Berada dalam keraguan مُّرِيبٍ (Ayat:25).
(f) Musyrik ٱلَّذِى جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ (Ayat:26).
Qaf 50:24
أَلْقِيَا فِى جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ
(Allah berfirman), “Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka Jahanam semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala,
Qaf 50:25
مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ مُّرِيبٍ
yang sangat enggan melakukan kebajikan, melampaui batas dan bersikap ragu-ragu,
Qaf 50:26
ٱلَّذِى جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَأَلْقِيَاهُ فِى ٱلْعَذَابِ ٱلشَّدِيدِ
yang mempersekutukan Allah dengan tuhan lain, maka lemparkanlah dia ke dalam azab yang keras.”
3. Sebagai perbandingan. dikemukakan pula sifat-sifat Rasulullah.
(a) Beliau adalah مُّنذِرٌ (pemberi amaran dan ancaman)
(Ayat:2).
(b) مُذَكِّرْ (pemberi nasihat) (Ayat: 45).
(c) Tidak memaksa dalam penyampaian agama جَبَّارٍۖ(Ayat: 45).
Qaf 50:45
نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍۖ فَذَكِّرْ بِٱلْقُرْءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ
Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau (Muhammad) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku.
4. Di dalamnya juga tersebut kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan Rasulullah serta para sahabatnya. Antara lainnya ialah:
(a) مُتَّقِينَ (orang-orang yang bertaqwa) (Ayat 31).
(b) أَوَّابٍ (orang yang suka merujuk kepada Allah) (Ayat:32).
(c)حَفِيظٍ (sangat menjaga hak-hak dan tanggungjawab) (Ayat32).
(d) Takut kepada Allah walaupun tidak melihatNya (Ayat: 33).
(e) Mempunyai قَلْبٍ مُّنِيبٍ (hati yang menghadap Allah) (Ayat 33).
(f) Penyabar, suka memuji Allah dan bertasbih kepadanya (Ayat: 40).
(g) Mengingatkan orang ramai dan menasihati mereka dengan al-Qur'an ketika berda'wah dan menyampaikan agama (Ayat 45).
Qaf 50:31
وَأُزْلِفَتِ ٱلْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ
Sedangkan surga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka).
Qaf 50:32
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ
(Kepada mereka dikatakan), “Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang senantiasa bertobat (kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).
Qaf 50:33
مَّنْ خَشِىَ ٱلرَّحْمَٰنَ بِٱلْغَيْبِ وَجَآءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ
(Yaitu) orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertobat,
5. Di dalam surah ini. kepentingan dan keistimewaan .قَلْبٍ مُّنِيبٍ ditonjolkan.(Ayat:8).(Ayat: 33).(Ayat:37).
Qaf 50:8
تَبْصِرَةً وَذِكْرَىٰ لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ
untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah).
Qaf 50:37
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى ٱلسَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.
6. 4 dalil membuktikan kebenaran akhirat dikemukakan di dalam surah ini.
(a) Selepas manusia dikebumikan, Allah mengetahui dengan sempurna segala perubahan yang berlaku
kepada mayat manusia dan ke mana perginya juga diketahui Allah (Ayat:4).قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ ٱلْأَرْضُ مِنْهُمْۖ وَعِندَنَا كِتَٰبٌ حَفِيظٌۢ
Di dalam ayat ini, sifat qudrat dan sifat ilmu Allah yang sempurna dijadikan dalil untuk membuktikan
kewujudan hari akhirat.
Qaf 50:4
قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ ٱلْأَرْضُ مِنْهُمْۖ وَعِندَنَا كِتَٰبٌ حَفِيظٌۢ
Sungguh, Kami telah mengetahui apa yang ditelan bumi dari (tubuh) mereka, sebab pada Kami ada kitab (catatan) yang terpelihara baik.
(b) Kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan satu dalil aqli bahawa tuhan yang telah mencipta buat kali pertama, kenapa tidak mungkin menciptanya buat kali kedua?
(Ayat: 15).
Qaf 50:15
أَفَعَيِينَا بِٱلْخَلْقِ ٱلْأَوَّلِۚ بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ
Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? (Sama sekali tidak) bahkan mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru.
(c) Satu dalil آفاقي juga dikemukakan untuk membuktikan dalil akhirat. Dengan hujan, tanah yang mati menjadi hidup dan subur, begitulah manusia yang telah mati berkuasa dihidupkan oleh Allah semula(Ayat:11).
Qaf 50:11
رِّزْقًا لِّلْعِبَادِۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ ٱلْخُرُوجُ
(sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur).
7. Sejarah kebinasaan bangsa-bangsa dijadikan sebagai dalil bagi adanya pembalasan dan hukuman diakhirat. Ia merupakan dalil-dalil تاريخي.
(a) Sejarah menjadi saksi bahawa 8 kaum sebelum Quraisy juga seperti kaum Quraisy, telah mendustakan nabi masing-masing, kerana itu azab Allah sepatutnya boleh menimpa semua mereka(Ayat:12-14).
Qaf 50:12
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَٰبُ ٱلرَّسِّ وَثَمُودُ
Sebelum mereka, kaum Nuh, penduduk Rass dan Tsamud telah mendustakan (rasul-rasul),
Qaf 50:13
وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ وَإِخْوَٰنُ لُوطٍ
dan (demikian juga) kaum ‘Ad, kaum Fir‘aun dan kaum Luth,
Qaf 50:14
وَأَصْحَٰبُ ٱلْأَيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍۚ كُلٌّ كَذَّبَ ٱلرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ
dan (juga) penduduk Aikah serta kaum Tubba‘. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka).
(b) Sejarah menyaksikan bahawa bangsa-bangsa yang lebih kuat lagi daripada Quraisy juga telah dibinasakan (Ayat 36).
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا
Qaf 50:36
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا فَنَقَّبُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ
Dan betapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannya daripada mereka (umat yang belakangan) ini. Mereka pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka)?
8. Dalil-dalil akhirat.
Kepada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak percaya akan ada hari kiamat dikatakan seperti di musim bunga tumbuh-tumbuhan keluar dengan subur menghijau, begitulah Allah pada hari kiamat nanti akan mengeluarkan manusia dari kubur-kubur mereka. Setelah mendengar satu bunyi yang kuat, akan berlakulah kiamat dan setelah itu pula akan berlaku kebangkitan. Kepada Allah, semua itu mudah saja.
(a) (Ayat: 11).
(b) (Ayat:42).
(c) (Ayat 44).
Qaf 50:11
رِّزْقًا لِّلْعِبَادِۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ ٱلْخُرُوجُ
(sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur).
Qaf 50:42
يَوْمَ يَسْمَعُونَ ٱلصَّيْحَةَ بِٱلْحَقِّۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ ٱلْخُرُوجِ
(Yaitu) pada hari (ketika) mereka men-dengar suara dahsyat dengan sebenarnya. Itulah hari keluar (dari kubur).
Qaf 50:44
يَوْمَ تَشَقَّقُ ٱلْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًاۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ
(Yaitu) pada hari (ketika) bumi terbelah, mereka keluar dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami.
9. Di dalam surah ini, sifat ilmu Allah diperjelaskan dengan berbagai cara.
(a) Allah mengetahui setiap bahagian badan manusia yang telah mati walaupun setelah ia hancur lebur(Ayat:4).
قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ ٱلْأَرْضُ مِنْهُمْۖ
Qaf 50:4
قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ ٱلْأَرْضُ مِنْهُمْۖ وَعِندَنَا كِتَٰبٌ حَفِيظٌۢ
Sungguh, Kami telah mengetahui apa yang ditelan bumi dari (tubuh) mereka, sebab pada Kami ada kitab (catatan) yang terpelihara baik.
(b) Oleh kerana Allah adalah pencipta manusia dan hati-hati mereka, Dia juga mengetahui segala lintasan hati dan bisikan hati, dari segi ilmuNya Allah lebih hampir kepada manusia daripada urat lehernya. Untuk manusia menyampaikan doanya, Allah tidak memerlukan orang tengah (Ayat 16).
Qaf 50:16
وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ ٱلْوَرِيدِ
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(c) Rasulullah s.a.w. dihiburkan bahawa segala gangguan dan perbuatan menyakiti Baginda yang dilakukan oleh orang-orang kafir itu semuanya diketahui oleh Allah
(Ayat: 45).نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍۖ
Qaf 50:45
نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍۖ فَذَكِّرْ بِٱلْقُرْءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ
Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau (Muhammad) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan