Daurah tafsir 2019 sesi 19(51)nota 14(327)
Zaman Diturunkan
Surah az-Dzaiyaat diturunkan di peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ketika itu Rasulullah s.a.w. telah menggerakkan da'wahnya secara terbuka. Zaman itu juga dipanggil zaman تذكير (zaman memberi peringatan dan nasihat), ketika itu sudah pun bermula tuduhan-tuduhan liar terhadap Baginda.
Pemimpin-pemimpin Quraisy menganggap Rasulullah
sebagai tukang sihir atau orang gila dan mereka diberitahu bahawa Fir'aun dahulu juga telah menuduh Nabi Musa sebagai tukang sihir atau orang gila (Ayat: 39). Sekalian nabi-nabi terdahulu bahkan telah dituduh sebagai tukang sihir atau orang gila (Ayat: 52).
Perkaitan Surah Az-Dzariyaat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Qaf telahpun dikemukakan dalil-dalil عقلي tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat dan tentang akan berlakunya hari kiamat. Di dalam Surah az-Dzariyaat ini pula, dikemukakan dalil-dalil تاريخي، أنفسي،سمائي، أرضي، آفاقي dan عقلي. untuk membuktikannya. Sebenarnya surah ini adalah satu surah yang penuh dengan dalil-dalil.
2. Di akhir Surah Qaf disebutkan فَذَكِّرْ بِٱلْقُرْءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ , di dalam Surah az-Dzariyaat ini pula terdapat firman Allah: وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ Kedua-duanya merupakan perintah Allah supaya mengingatkan manusia dengan al-Qur' an.
Qaf 50:45
نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍۖ فَذَكِّرْ بِٱلْقُرْءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ
Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau (Muhammad) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku.
Adh-Dhariyat 51:55
وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini perkataan ءَايَٰتٌ dipakai dengan erti dalil-dalil dan bukti-bukti (Ayat:20).
Adh-Dhariyat 51:20
وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin,
2. Perkataan ٱلْخَرَّٰصُونَ yang terdapat di dalam surah ini digunakan untuk cerdik pandai dan cendekiawan
semasa di setiap zamarL yang sentiasa meragui hari akhirat dan untuk membantahnya mereka
menggunakan logik songsang (Ayat: 10).
Adh-Dhariyat 51:10
قُتِلَ ٱلْخَرَّٰصُونَ
Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta,
3.Ayat 20وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ,maksud perkataan ءَايَٰتٌ didalam ayat ini ialah bagi adanya balasan baik dan buruk.
Ia merupakan dalil آفاقي tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat sebagaimana bumi mengeluarkan hasil tanaman dan buah-buahan untuk kita, bumi juga menjadi kubur untuk kita. Bumi ini jugalah yang telah menenggelamkan sekalian ramai Qarun ke dalam perutnya
Adh-Dhariyat 51:20
وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin,
Adh-Dhariyat 51:21
وَفِىٓ أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
Adh-Dhariyat 51:38
وَفِى مُوسَىٰٓ إِذْ أَرْسَلْنَٰهُ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ بِسُلْطَٰنٍ مُّبِينٍ
Dan pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika Kami mengutusnya kepada Fir‘aun dengan membawa mukjizat yang nyata.
4. Beberapa ayat dalam surah ini dimulakan dengan perkataan وَفِي ia bermula dari ayat ke-20.
Tetapi di dalam ayat-ayat seterusnya perinciannya dibuang, ia menggambarkan satu gaya bahasa yang sangat menarik, وَفِي أَنْفُسِكُمْ sebagai contohnya di dalam ayat ke-21 juga bererti وَفِىٓ أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ merupakan dalil تاريخي bagi adanya balasan baik dan buruk. وَفِى مُوسَىٰٓ daripada ayat ke-38 bermaksud وَفِى قِصَّةِ مُوسَىٰٓ آيِاتٌ لِلْمُوْقِنِِيْنَ .Ia merupakan dalil تاريحي bagi adanya
327
Tiada ulasan:
Catat Ulasan