Selasa, Mac 23, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 20(54)nota 14(339)

Daurah tafsir 2019 sesi 20(54)nota 14(339)

bukan rasul Allah, mendustakan al-Qur'an adalah dengan mengatakan ini bukan kitab Allah,mendustakan akhirat pula adalah dengan mengatakan ia sama sekali tidak akan berlaku. Perkataan تكذبين dan pecahan-pecahannya beberapa kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 3,9,18,23,33 dan 42).

2. Di dalam surah ini, م.ُكَذِّبينorang-orang yang mendustakan) disebut sebagai مُجْرِمين(orang-orang yang
durjana dan bersalah serta berdosa) (Ayat: 47). مُصدِّقِين iaitu orang-orang yang membenarkan pula disebutkan sebagai مُتَّقِين (Ayat 54). Muttaqin ialah orang-orang yang membenarkan seruan para rasul,mengelak diri daripada dosa-dosa dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Surah ini membandingkan watak dua golongan tersebut.

3. Kaum Nuh telah ditenggelamkan dengan air dalam jumlah tertentu yang dikehendaki Allah (Ayat:12).

Al-Qamar 54:12
وَفَجَّرْنَا ٱلْأَرْضَ عُيُونًا فَٱلْتَقَى ٱلْمَآءُ عَلَىٰٓ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ 
12.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

4. Satu hakikat sains telah disebutkan di dalam surah ini iaitu Allah menjadikan setiap benda dengan kadar dan ukuran yang tertentu, setiap unsur yang terdapat di dalam setiap benda sama ada ia bahan organik atau bukan organik masing-masing daripadanya berada dalam kadar, jumlah, ukuran dan timbangan yang tertentu. Setiap satu daripadanya mempunyai skop dan limit tertentu. (Ayat: 49).

Al-Qamar 54:49
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَٰهُ بِقَدَرٍ 
49. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (tertentu).

5. Orang-orang kafir Quraisy diberi ancaman bahawa mereka tidaklah lebih baik daripada orang-orang kafir dari kalangan bangsa-bangsa dan umat-umat terdahulu
(Ayat: 43).

Al-Qamar 54:43
أَكُفَّارُكُمْ خَيْرٌ مِّنْ أُو۟لَٰٓئِكُمْ أَمْ لَكُم بَرَآءَةٌ فِى ٱلزُّبُرِ 
Apakah orang-orang kafir di lingkunganmu (kaum musyrikin) lebih baik dari mereka, ataukah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam kitab-kitab terdahulu?


6. Di dalam surah ini sudah terdapat ramalan tentang kekalahan dan kegagalan pihak orang-orang kafir
meskipun bilangan mereka ramai. Orang-orang Islam ditenangkan dengan ramalan yang menyebutkan
tentang kekalahan pakatan orang-orang kafir (Ayat: 45).

Al-Qamar 54:45
سَيُهْزَمُ ٱلْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ 
Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.



7. Hari kiamat.


339

Tiada ulasan:

Catat Ulasan