Jumaat, Mac 26, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 21(55)nota 16(342)

Daurah tafsir 2019 sesi 21(55)nota 16(342)

Zaman Diturunkan
Surah ar-Rahman diturunkan selepas da'wah terbuka Rasulullah s.a.w. di peringkat kedua kehidupan Baginda s.a.w. di Mekah antara tahun ke-4 dan ke-5 Kenabian. Peringkat itu juga dikenali sebagai peringkat تكذيب. 'Abdullah bin Mas'ud telahpun membaca surah ini dekat maqam Ibrahim di peringkat terlalu awal kehidupan Mekah, riwayat ini merupakan bukti luaran tentang Makkiyyahnya Surah ar-Rahman. Sesetengah orang menganggap surah ini sebagai Surah Madaniyyah tetapi sebenarnya tidak ada petunjuk daripada dalam surah ini sendiri menunjukkan ia satu Surah Madaniyyah. Selain Surah ar-Rahman, Surah ar-Ra'd, Surah ad-Dahr dan Surah az-Zalzalah juga dianggap sesetengah orang sebagai Surah Madaniyyah, tetapi sebetulnya 4 surah ini juga termasuk dalam surah-surah Makkiyyah, dengan itu surah-surah Makkiyah semuanya berjumlah 90 dan surah-surah Madaniyyah pula hanya berjumlah 24 sahaja.

Ciri Khusus Surah
1. Surah ini mempunyai iramanya yang tersendiri.
2. Syah Waliyyullah menyebutkan bahawa surah ini mengandungi irama yang berakhir dengan haraf ن.
3. Surah ini juga termasuk salah satu surah yang diturunkan dizaman  تكذيب iaitu pendustaan terhadap Rasulullah.

Kesinambungan Surah Ar-Rahman Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
l. Di dalam Surah al-Qamar sebelum ini pendustaan (تكذيب) beberapa kali telah disebutkan, manusia diingatkan akibat buruk تكذيب  melalui 5 kisah benar bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan kerana تكذيب  mereka. Di dalam Surah ar-Rahman ini pula manusia dan jin disoal berkali-kali bahawa ni'mat tuhan yang manakah mereka dapat dustakan ?

2. Surah al-Qamar merupakan surah jalaliyyah, Surah ar-Rahman pula bercampur antara jalal dan jamal,
tetapi sudut jamalnya lebih menonjol. Neraka dan hal ehwalnya hanya disebutkan di dalam 4 ayat
sahaja. Di dalam 31 ayat terakhirya pula hanya terdapat perincian dan pendetailan tentang ni'mat-ni'mat syurga.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini lebih 30 kali tersebut firman Allah فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ia merupakan ayat tarji'. Tujuannya ialah untuk menyedarkan hati kecil manusia dan jin yang mati supaya mereka mengelak diri daripada mendustakan ayat-ayat Allah dan Rasulullah yang membawanya di samping bersyukur kepada ni'mat-ni'mat Allah.

2. Maksud perkataan فَبِأَىِّ ءَالَآءِ. Maulana Hamiduddin Farahi, setelah membuat kajian yang teliti terhadap

342

Tiada ulasan:

Catat Ulasan