K996.Ibu Ini Kongsi 6 Langkah Didik Anak Malas Jadi Anak Rajin Sampai ‘Addict’ Nak Belajar.
Bukan mudah nak mendidik anak-anak supaya melakukan sesuatu kerja. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi bila anak tahu dia juga boleh membuat keputusan dalam hidup.
Namun sebenarnya masih ada cara untuk mendidik anak agar mudah mendengar arahan dan melakukan sesuatu perkara tanpa perlu dipaksa. Ikuti perkongsian ini.
Saya kagum dengan sahabat saya Nurul Shazalina Zainudin . Macam mana dia boleh didik anak dia si Akil sampai addict nak belajar.
This post is about MOTIVATION. Macam mana kita nak didik anak kita yang MALAS.
Dia punya addict tu, sampai explore sendiri buku tentang sains. Umur 7 tahun, tanpa disuruh dia boleh buat latihan algebra. Sedangkan anak saya, saya terpaksa offer reward, baru jalan.
Dan macam mana nak jadikan anak kita rajin mengemas, rajin urus diri dan rajin belajar tanpa disuruh.
1) Intrinsic Motivation.
Ini yang Akil ada. Intrinsic Motivation tu adalah bila tingkah laku kita ni didorong oleh rasa puas. Puas bila berusaha. Puas bila belajar. Puas bila dapat buat sendiri.
2) Extrinsic motivation.
Ini pula apa yang anak saya ada. Extrinsic motivation adalah, bila anak terdorong buat sesuatu, hanya bila adanya reward.
Extrinsic ni tak bagus untuk kesan jangka masa panjang. Sebab ia tak mendidik bila anak dewasa. Kesannya:
1️. Anak hanya buat sesuatu hanya bila ada reward
2️. Membesar dengan perangai suka bertangguh
3️. Kurang rasa komited dan ‘sense of responsibility’ tak ada.
Haa.. Tak nak kan anak-anak kita jadi macam tu bila dah besar.
Sebenarnya ada cara untuk tingkatkan motivasi dan minat anak.
Tak perlu disuruh, tak perlu ditempik, tak perlu dijentik. Mereka mampu ada motivasi untuk lakukan kerja-kerja dengan sendiri, walaupun masih kecil.
Ayuh kita cuba lakukan 6 langkah untuk anak kita yang MALAS, bertukar jadi RAJIN;
1.Gamification.
-parents/guru suntik elemen kreatif permainan dalam aktiviti/ ke4ja yang mahu anak selesaikan
-contoh: lumba mengemas,belajar ABC secara bermain dan menari, treasure hunt sewaktu belajat, ibu berlakun jadi cik gu bila mengajar anak,menggunakan nada suara ysng ceria dan sebagainya.
2.sense of achievement
-target untuk anak capai kejayaan pertama. Kejayaan pertama akan dorong anak untuk capai kejayaan yang seterusnya.
-raikan anak dengan sorakan/ucapan tahniah setiap kali mereka berjaya selesaikan tugas.
3.set goals
- instead of reward sticker, ganti dengan goal chart.
Buat senarai kecil atau poster yang tertulis MATLAMWT akhir yang anak nak capai
contoh
MISI SOLAT SUBUH DI SURAU SETIAP HARI.
4.bergerak .
- mulakan setiap aktiviti dengan senaman.
-senaman akan mencetus dopamin yang meningkatkan motivas
-Hilang minat, tiada kesungguhan suka bertangguh dan susah fokus adalah petanda tubuh kurang dopamin.
5.muzik.
- kajian mendapati 15 mendengar muzik kegemaran mampu meningkat motivasi.
-'belanja ' anak-anak dengan lagu bersemangat/mood booster music/ lagu berinspirasi apabila mereka sedang melakukan sesuatu tugas yang berat untuk mereka..lagu I am a champion...
6.kata-kata semangat
-memaksa dan mendesak menyebabkan anak melihat kerja yang disutuh sebagai beban.
-manakala kata-kata semangat untuk anak melakukan sesuatu.
-beri anak rasa selamat dan selesa (save & secure) untuk mencuba .
- tambahkan perkataan 'jam' dalam setiap arahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan