Halaman

Isnin, Mac 01, 2021

Tafsir asas quran nota 9(255)16

Tafsir asas quran nota 9(255)16

tidak boleh. (b) tidak akan. (c) tidak mahu. (d) tidak layak. (e) janganlah. Begitu juga dengan perkataan   لاتنكمها selepasnya. Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada pendapat para'ulama' tentangnya:

(1) Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat golongan yang mengatakan perkahwinan seseorang muslim yang memelihara dirinya dengan penzina yang tidak bertaubat dan perzinaannya adalah tidak harus, haram dan tidak sah. Penafian Allah di situ dipakai dengan erti penafian keharusan. Dan مشار ابيه (apa yang diisyaratkan) bagi  ذلك dalam firman Allah   وحرم ذلك على المؤمنين di akhir ayat itu pula adalah perbuatan berkahwin dengan penzina dan orang musyrik. Antara tokoh 'ulama' yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad bin Hambal.

(2) Sesetengah 'ulama' berpendapat, penafian Allah di dalam ayat ke-3 Surah an- Nuur itu bukannya bererti penafian keharusan, ia bahkan bererti penafian kelayakan
dan kesekufuan semata-mata. Oleh kerana penzina, baik laki-laki mahupun perempuan telah melakukan dosa besar dan telah menjadi fasiq dengan sebab perzinaannya, maka hilanglah kelayakannya untuk berkahwin dengan orang-orang yang memelihara dirinya daripada perbuatan terkutuk itu. Ia hanya layak dan sekufu dengan orang yang sepertinya juga. Dan مشار ابيه  (apa yang diisyaratkan) bagi ذلك  dalam firman Allah  وحرم ذلك على المؤمنين di akhir ayat itu pula bukan perbuatan berkahwin dengan penzina, tetapi perbuatan zina dan syirik itulah yang diharamkan
oleh Allah atas orang-orang yang beriman. Kalau begitu untuk apa ayat ke-3 Surah an-Nuur itu dikatakan telah mansukh dengan ayat ke-32 Surah an-Nuur? Memang
tidak diharamkan pun berkahwin dengan penzina. Apa yang disebut Allah hanyalah tidak layak dan tidak sekufunya penzina atau orang musyrik dengan orang-orang beriman yang bukan penzina. Mafhum ayat ke-3 Surah an-Nuur ini bagi mereka sama saja dengan mafhum firman
Allah di dalam di dalam ayatke-26 Surah yang sama berikut:

An-Nur 24:26
ٱلْخَبِيثَٰتُ لِلْخَبِيثِينَ وَٱلْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ 
Bermaksud: Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik

255

Tiada ulasan:

Catat Ulasan