Halaman

Selasa, Mac 02, 2021

Tafsir asas quran nota 9(256)16

Tafsir asas quran nota 9(256)16

adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka pengampunan dan pengurniaan yang mulia (syurga). (an-Nuur:26).

(3) Menurut sesetengah 'ulama' pula, ayat itu hanya menganjurkan apa yang terbaik untuk orang-orang yang beriman dalam hal mencari jodoh dan pasangan hidup. Orang mu'min yang memelihara dirinya daripada melakukan dosa-dosa besar seperti zina dan syirik seeloknya tidak berminat kecuali kepada orang yang sepertinya. Orang
mu'min yang telah melakukan perzinaan pula sepatutnya menginsafi diri dan tidak mencari pasangan yang terbaik dan terpilih untuk dirinya. Ia seharusnya sudi menerima sebagai pasangan, orang yang pernah juga terjebak dalam perzinaan sepertinya. Kalau ia boleh insaf dan bertaubat setelah melakukan perbuatan yang keji itu, tidak boleh dan tidak mungkinkah orang yang akan dijadikan pasangannya juga insaf dan bertaubat sepertinya?

(4) Sesetengah 'ulama' berpendapat, ayat ke-3 surah an-Nuur itu sekadar menceritakan tanda-tanda orang yang tidak ikhlas taubatnya, baik daripada perzinaan,
kesyirikan atau lain-lain perkara yang jelik dan keji. Ia juga menunjukkan betapa jelik dan kejinya perzinaan dan kesyirikan pada pandangan Islam. Sesaorang yang telah memeluk agama Islam tetapi masih berminat dan gemar kepada penzina dan musyrik, sehingga kalau hendak kahwin, dia tak kisah pun berkahwin dengan penzina atau musyrik, malah itulah yang lebih disukainya, maka sikapnya itu menunjukkan dia sebenarnya belum lagi menjadi muslim dan mu'min sejati. Sesaorang  yang masih gemar dan sukakan perkara-perkara yang mempunyai unsur-unsur kesyirikan setelah memeluk agama Islam, dia tak kisah pun dengan kesyirikan sehingga berkahwin dengan orang musyrik bukan suatu halangan baginya, orang seperti itu sebenarnya belum lagi menjadi muslim dan mu'min sejati. Islamnya tidak lebih daripada tempelan dan nama semata-
mata. Memeluk agama Islam pula bukanlah merupakan taubat nasuhanya daripada kesyirikan. Kerana perasaan gemar dan minat kepada perkara-perkara keji seperti
perzinaan dan kesyirikan serta orang-orang yang masih terlibat dengannya, setelah beragama Islam adalah suatu yang langsung tidak akan didapati pada orang-orang mu'min dan muslim sejati.

256

Tiada ulasan:

Catat Ulasan