Halaman

Rabu, Mac 03, 2021

Tafsir asas quran nota 9(257)16

Tafsir asas quran nota 9(257)16

Perkataa  وَحُرِّمَ(di haramkan) dalam firman Allah di akhir ayat ke-3 Surah an-Nuur, itu tidak bererti haram di segi hukum syara', tetapi ia seharusnya dipakai dengan erti
yang terpakai dalam firman Allah dalam dua ayat di bawah ini:

Al-Anbiya 21:95
وَحَرَٰمٌ عَلَىٰ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَٰهَآ أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ 
Bermaksud: Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat
kelak). (al-Anbiyaa' :95).


Al-Qasas 28:12
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ ٱلْمَرَاضِعَ مِن قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰٓ أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُۥ لَكُمْ وَهُمْ لَهُۥ نَٰصِحُونَ 
Bermaksud: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalah kakaknya: "Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait (penduduk sebuah rumah) yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?" (al-Qashash:12).

Perkataan  وَحَرَٰمٌ dalam ayat 95 Surah al-Ambiyaa' itu bererti mustahil atau tidakmungkin. Dan perkataan وَحَرَّمْنَا di permulaan ayat ke-12 Surah al-Qashash itu pula bererti Kami cegah atau Kami jadikan dia enggan (menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusuinya sebelum itu).

Demikianlah juga dengan perkataan 'وَحُرِّمَ di akhir ayat ke-3 Surah an-Nuur, ia seharusnya tidak dipakai dengan erti haram menurut syara' (حرام شرعى), sebaliknya dipakai dengan erti haram menurut sunnatullah (حرام كوني), iaitu perzinaan dan kesyirikan adalah dua perkara yang mustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang mu'min sejati. Perbuatan berkahwin dengan penzina atau orang musyrik juga mustahil dan tidak mungkin berlaku kepada orang-orang mu'min sejati.
Kebencian kepada kedua-duanya semacam telah menjadi naluri mereka.
Pendapat golongan pentafsir ini nampaknya bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. berikut:

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَالتَّوْبَةُ مَعْرُوضَةٌ بَعْدُ


257

Tiada ulasan:

Catat Ulasan