Khamis, Mac 04, 2021

Tafsir asas quran nota 9(258)16

Tafsir asas quran nota 9(258)16

Bermaksud: "Tidak berzina seseorang yang berzina dalam keadaan dia mu'min (sejati) ketika berzina. Tidak mencuri seseorang pencuri dalam keadaan dia mu'min
(sejati) ketika mencuri. Dan tidak minum arak seseorang peminum arak dalam keadaan dia mu'min (sejati) ketika sedang meminumnya; bagaimanapun pintu taubat
sentiasa terbuka sesudah itu.

(5) Ada juga 'ulama' berpendapat, ayat ke-3 Surah an-Nuur itu khusus dengan sahabat-sahabat tertentu yang menjadi sebab bagi turunnya. Ia tidak umum untuk semua orang-orang mu'min. Dalam keadaan ini tiada alasan juga untuk dikatakan ayat berkenaan mansukh. Antara hadits yang menyebutkan latar belakang bagi turunnya
ayat itu ialah:
(a) Hadits riwayat 'Amar bin Syu'iab daripada ayahnya daripada datuknya, kata beliau:
"Ada seorang laki-laki bernama Martsad bin Abi Martsad. Kerjanya ialah melarikan tawanan-tawanan (Islam) dari Mekah ke Madinah. Di Mekah ada seorang wanita
pelacur bernama 'Anaaq yang pernah menjadi temannya. Martsad telah berjanji akan melarikan salah seorang tawanan yang berada di Mekah (untuk dibawanya ke
Madinah). Kata Martsad, "Aku pun datang, sehingga sampai ke salah satu bayangan dinding di Mekah pada suatu malam yang terang bulannya. 'Anaaq kemudian datang,
dia melihat hitam bayanganku dekat dinding. Ketika ia sampai kepadaku, ia pun mengenaliku dan berkata, "Martsad?" Aku menjawab, Martsad." Ia berkata,
"Selamat datang, bermalamlah dengan kami malam ini." Aku berkata, "Wahai 'Anaaq, Allah mengharamkan zina." Maka 'Anaaq berkata, "Wahai penghuni khemah! Inilah orang yang akan melarikan para tawananmu." Maka aku dikejar oleh lapan orang, dan aku pun menempuh jalan Khandamah hingga aku sampai ke sebuah gua dan masuk ke dalamnya. Mereka pun datang sampai berdiri di atas
kepalaku lalu buang at kecil sehingga menimpa ke kepalaku, namun Allah membutakan mereka sehingga tidak nampak aku. Mereka pun balik dan aku kembali
kepada kawanku dan membawanya, sedangkan dia adalah seorang yang cukup berat hingga aku sampai ke rerumputan idzkhir, lalu aku lepas rantainya, aku pun
membawanya dan ia cukup memberatkanku sehingga aku sampai ke Madinah. Akupun datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya sebanyak dua kali, "Wahai
Rasulallah, bolehkah aku mengahwini 'Anaaq?" Rasulullah s.a.w. diam, tidak

258

Tiada ulasan:

Catat Ulasan