Ahad, Mac 07, 2021

Tafsir asas quran nota 9(261)16

Tafsir asas quran nota 9(261)16

Berdasarkan pemahaman Ibnu 'Abbaas ini juga tidak wajar dikatakan ayat ke-3 Surah an-Nuur itu mansukh.
Apa yang difahami Ibnu 'Abbaas itu nampaknya bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. berikut:

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَالتَّوْبَةُ مَعْرُوضَةٌ بَعْدُ
Bermaksud: "Tidak berzina seseorang yang berzina dalam keadaan dia mu'min(sejati) ketika berzina. Tidak mencuri seseorang pencuri dalam keadaan dia mu'min(sejati) ketika mencuri. Dan tidak minum arak seseorang peminum arak dalam keadaan dia mu'min (sejati) ketika sedang meminumnya; bagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu.

Semua tafsiran dan pendapat para  'ulama' Tafsir tentang firman Allah di dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur yang dikemukakan di atas jika dilihat dari sudut Ilmu Balaghah
tidak terlepas daripada beberapa bentuk qaedah berikut:

(a) Ia dipakai sebagai khabar pada kedua -daalafazdan ma'nanya. Dalam istilahnya ia disebut sebagai خبرية لفظا ومعني lnilah pandangan kebanyakan para muhaqqiqin dari
kalangan mufassirin, termasuk al-Qaffaal, Fakhruddin ar-Razi dan lain-lain.

(b) Ia padalafaznya merupakan khabar, tetapi pada ma'nanya adalah insya'. Dalam
istilahnya ia disebut sebagai خبرية لفظا ومعني إنشائية معن 

(c) Ia pada lafaz dan ma'nanya merupakan insya'. Dalam istilahnya ia disebut sebagaiإنشائية لفظا ومعني. Keadaan ini berlaku apabila anda memakai qira'at (syazzah) yangmembaca لاينكح dengan majzum, kerana ia dipakai sebagai fil nahi.

Menambil kira qaedah (a) yang memakai firman Allah berkenaan sebagai ayat خبرية لفظا ومعني  (semata-mata cerita, sama ada dari sudut Iafaz ata]u ma'nanya), maka tiadaوlangsung kemungkinan untuk anda mengatakan ia mansukh, kerana ayat cerita tidak termasuk dalam ruang lingkup perbincangan bab nasakh. Selain dari itu, adalah
mustahil diterima Allah berdusta dalam mana-mana ceritaNya. Tidak mungkin berlaku penukaran dalam sesuatu cerita yang disampaikan oleh Allah kepada
Rasulullah dengan segala perinciannya, tiba-tiba ia didapati berlainan malah


261

Tiada ulasan:

Catat Ulasan