Halaman

Isnin, Mac 08, 2021

Tafsir asas quran nota 9(262)1

Tafsir asas quran nota 9(262)16

bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh Allah kemudiannya. Tidak mungkin juga berlaku apa yang diceritakan oleh Allah bercanggah dengan kenyataan secara total. Itulah sebabnya an-Nahhaas (Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad an-Nahhaas an-Nahwi m.338H) berkata, "Kalau dalam cerita Allah juga boleh berlaku nasakh, niscaya tidak akan diketahui mana yang benar dan mana yang salah dan banyaklah ajaran Allah akan terbatal." (Lihat an-Nahhaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 53 1).

Walaupun nasakh berkemungkinan berlaku dalam bentuk (b) dan (c), tetapi dalam kenyataannya ia tidak pernah berlaku kepada ayat ke-3 Surah an-Nuur berdasarkan
dua dalil berikut:

(i) Sekian ramai sahabat agung Rasulullah s.a.w. sehebat Abu Bakar, 'Umar, Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Abbaas, 'Ali, 'Aaishah, Jabir, Baraa'bin'Aazib dan lain-lain masih berpegang dengan zahir ayat tersebut selepas kewafatan Nabi s.a.w. Imam-imam mujtahidin sehebat Ahmad bin Hambal juga masih berpegang dengan zahimya yang
menyatakan terlarang, tidak sah dan haramnya perkahwinan di antara penzina dan orang musyrik dengan orang-orang mu'min yang memelihara dirinya daripada
perbuatan zina. Ini jelas menunjukkan ia tidak mansukh. Kalau ia memang telah mansukh, masakan mereka tidak mengetahuinya.

(ii) Dalil-dalil yang dikemukakan sebagai nasikh oleh pihak yang berpendapat ayat ke-3 Surah an-Nuur itu telah mansukh, sebenarnya tidak mempunyai cukup kekuatan
untuk dianggap sebagai nasikh. Kerana apa yang dida'wa mereka sebagai nasikh itu tidak lebih daripada hanya ijma' dan dua ayat yang masih dipertikaikan keabsahannya
sebagai nasikh, iaitu ayat ke-3 Surah an-Nisaa' dan ayat ke-32 Surah an-Nuur yang telah dikemukakan sebelum ini.


Keabsahan ijma' tergugat di sini apabila terdapat sekian ramai sahabat besar yang menyalahinya. Selain itu para 'ulama' Usul juga berpendapat, ijma' tidak dapat
menasakhkan ayat al-Qur'an dan hadits yang qath'i. Sebabnya ialah ijma' hanya dalil zhanni, bagaimana ia akan dapat menasakhkan dalil al-Qur'an yang qath'i? Ayat ke-3
Surah an-Nisaa' dan ayat ke-32 Surah an-Nuur pula mujmal dan terlalu umum, bagaimana ia akan dapat menasakhkan ayat yang mubayyan dan khas?

262

Tiada ulasan:

Catat Ulasan