Halaman

Rabu, Mac 10, 2021

Tafsir asas quran nota 9(264)16

Tafsir asas quran nota 9(264)16

umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana' (an-Nuur: 59)

Antara tokoh 'ulama' yang dikatakan berpendapat ayat ke-58 Surah an-Nuur itu mansukh ialah Sa'id bin Musayyab. Kebanyakan 'ulama' bagaimanapun berpendapat ayat itu tidak mansukh. Ia bahkan satu ayat yang muhkam. Antara tokoh Salaf yang berpendapat ia tidak mansukh ialah al-Qasim bin Muhammad, Jabir bin Zaid asy-Sya'bi dan lain-lain. Ibnu 'Abbaas adalah antara sahabat Rasulullah sawm yang berpendapat ayat ke-58 Surah an-Nuur itu tidak mansukh' (Lihat Ibnu al-Jauzi -Tafsir Zadul Masir j.3 m/s 305-306)'

Kalau ayat ke-58 Surah an-Nuur memerintahkan supaya hamba-hamba dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan keluarga muslim meminta izin dalam tiga
masa yang tersebut di dalam ayat itu, maka ayat ke-59 selepasnya pula memerintahkan supaya kanak-kanak yang telah baligh dari keluarga seseorang meminta izin sama seperti orang-orang yang telah cukup umur meminta izin Tidak kira di waktu mana sekalipun mereka hendak masuk ke tempat-tempat yang agak sulit di dalam rumah, seperti bilik-bilik dan sebagainya. 

Ayat ke-58 berbicara tentang kanak-kanak yang belum baligh. Ayat ke-59 pula berbicara tentang kanak-kanak yang telah baligh. Dua perkara yang berbeza. Maka tidak ada keperluan mengatakan ayat kedua menasakhkan ayat pertama.

'Athaa, bin Abi Rabaah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas bahawa beliau berkata:
"Tiga ayat al-Qur'an tidak diamalkan oleh ramai orang'" 
Kata 'Athaa" "Dua daripadanya saya ingat. Satu lagi saya tidak ingat'" Yang pertama daripadanya ialah
ayat ke-58 Surah an-Nuur dan yang keduanya ialah ayatke-13 Surah al-Hujuraat ini:

Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku kaum supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang

264

Tiada ulasan:

Catat Ulasan