Halaman

Selasa, Mac 23, 2021

Tafsir asas quran nota 9(278)16

Tafsir asas quran nota 9(278)16

suami yang kafir bagi isteri-isteri mereka yang memeluk Islam boleh meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. 

Antara sebab kenapa Nabi s.a.w. tidak mengembalikan wanita-wanita yang lari meninggalkan Mekah dan datang ke Madinah ialah kerana tidak tersebut dengan jelas di dalam surat perjanjian yang dipersetujui bersama bahawa mereka juga perlu dikembalikan. Apa yang tercatat di dalamnya hanyalah tentang orang-orang laki-laki sahaja. Orang-orang Islam menerima dengan penuh keta'atan arahan Allah di dalam ayat ke-10 Surah al-Mumtahanah. Orang-orang kafir pula tidak dapat menerima cadangan daripada Rasulullah s.a.w. yang berpunca daripada al-Qur'an itu. Mereka tidak mahu memberikan kepada orang-orang Islam apa yang mereka telah belanjakan sebagai mas kahwin. Maka sebagai panduan seterusnya Allah menurunkan ayat ke-11 pula, di mana Allah memerintahkan agar pihak pemerintah Islam yang berjaya mengalahkan orang-orang kafir dalam peperangan dan mendapat harta ghanimah supaya memberikan kepada orang-orang Islam yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Inilah pendapat pilihan Ibnu 'Abbaas, Ibrahim an-Nakha'i, Masruq, Qataadah, Dhahhaak, zult/^, Mujahid, Sufyan bin Husain dan lain-lain. (Lihat tafsir lbnu Katsir i.4 mls 352).

'Allamah Mahmud al-Aaluusi dengan terang menggambarkan amalan kebiasaan Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini. Kata beliau:
وقد كان صلى الله تعالى  عليه كماروي عن ابن  عباس - يعطي الذي ذهبت  زوجته مت الغنيمة قبل أن تخمس المهر ولا ينقص من حقه شيئًا
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. - sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas - selalu memberikan mas kahwin kepada orang yang isterinya pergi (kepada orang-orang kafir) daripada harta ghanimah sebelum ia dibahagikan kepada lima bahagian. Baginda tidak rnengurangi sedikit pun haknya. (Lihat Tafsir Ruuh al-Ma'ani i.28 m/s79).

Sesetengah ahli tafsir seperti Qataadah dan Mujahid mengatakan, jika pihak orang-orang kafir tidak mengembalikan mas kahwin yang telah diberikan oleh suami-suami Islam di Madinah kepada isteri-isteri mereka yang kekal atas kekufuran, pihak pemerintah Islam juga sebagai tindak balas tidak memberikan kepada suami- suami

278

Tiada ulasan:

Catat Ulasan