Tafsir asas quran nota 9(280)16
membacanya dari al-Qur'an dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah),
apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan
yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil:20).
Kemudian ayat ke-20 ini pula dikatakan mansukh dengan shalat fardhu lima waktu. Shah Walilyullah berkata, da'waan bahawa ayat terakhir Surah al-Muzzammil itu dimansukhkan dengan shalat fardhu lima waktu adalah suatu da'waan tanpa dalil. Ini kerana shalat tahajjud sebagaimana disyari'atkan sebelum shalat fardhu lima waktu, ia masih lagi disyari'atkan hingga ke hari ini. Ia tidak dimansukhkan dengan shalat fardhu lima waktu. Tidak benar juga mengatakan ayat ke-2 di permulaan Surah al-
Muzzammil dimansukhkan dengan ayat terakhirnya. Ini kerana perintah Allah supaya bangun bertahajjud itu bukan sebagai perintah fardhu atau wajib. Ia tidak lebih
daripada galakan yang agak kuat ( تأكيد الندب )untuk mengerjakan sembahyang sunat tahajjud. Ayat terakhirnya pula menghilangkan galakan yang agak kuat itu,
bagaimanapun ia masih tetap sebagai suatu yang sunat atau mandub.
280
Tiada ulasan:
Catat Ulasan