Halaman

Khamis, Mac 25, 2021

Tafsir asas quran nota 9(286)18

Tafsir asas quran nota 9(286)18

Bantahan Golongan Ketiga Terhadap Dalil-Dalil Yang Dipegang Oleh Golongan Muta'kkhirin Yang Menerima Konsep Nasakh.
Terdapat tiga golongan ahli tafsir di kalangan para 'ulama' 
a hli as-Sunnah Wa al-Jama'ah yang berbeda pandangan tentang konsep nasakh di dalam al-Qur'an. 
Pertama ialah golongan mutaqaddimin. 
Kedua ialah golongan muta'kkhirin. Dan 
Ketiga ialah golongan معاصرين  atau 'ulama' yang kebanyakannya muncul di zaman mutakkhir.

Mereka ialah orang-orang yang tidak menerima langsung konsep nasakh yang diterima oleh golongan kedua atau golongan muta'kkhirin. Konsep nasakh yang diterima oleh golongan mutaqaddimin diterima juga oleh mereka secara 'amnya, cuma apa yang tidak diterima oleh mereka hanyalah konsep nasakh menurut istilah muta'akkhirin dan juga istilah nasakh di sisi golongan mutaqaddimin yang amat luas rangkumannya. Mereka hanyalah tidak menerima berlakunya nasakh di dalam al-Qur'an sahaja. Adapun dalam hadits-hadits Nabi, mereka juga seperti orang-orang
lain tetap menerima kewujudannya. Bahkan adanya nasakh dalam hadits-hadits merupakan suatu perkara yang diijma'kan di kalangan kaum muslimin tanpa kecuali
dari dahulu hingga sekarang. Sebelum ini telah pun dibincangkan tentang perbedaan konsep nasakh di antara
mutaqaddimin dan muta'kkhirin. Orang-orang yang menerima konsep nasakh, baik dari kalangan mutaqaddimin mahupun muta'kkhirin berpegang dengan dalil-dalil tertentu. Ia dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Pertama, dalil-dalil naqli. Dan
Kedua, dalil-dalil 'Aqli. 
Di dalam nota ke-12 yang lalu telah pun dikemukakan secara ringkas dalil-dalil naqli yang menjadi pegangan golongan yang menerima konsep nasakh itu. Ia terdiri daripada beberapa ayat al-Qur'an dan beberapa hadits
Rasulullah s.a.w.
Dalil pertama ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding
dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? (al-Baqarah: 106).

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Ayat yang Kami batalkan atau Kami hilangkan dari ingatan, pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu?


286

Tiada ulasan:

Catat Ulasan