Tafsir asas quran nota 9(288)18
(iv) Nasakh dengan erti an-Naqlu, iaitu pemindahan dari suatu tempat ke suaru tempat yang lain.
(v) Nasakh dengan erti at-Tabdil atau penukaran.
(vi) Nasakh dengan erti at-Tahwil atau pemalingan.
(vii) Nasakh dengan erti salin atau menyalin.
(viii) Dan lain-lain.
Mereka pula memakai perkataan itu menurut istilah mutaakkhirin yang diada-adakan oleh mereka sendiri, iaitu menasakhkan (menghiangkan / menukarkan /
menghapuskan) suatu hukum terdahulu dengan suatu hukum lain yang datangnya terkemudian!
(b) Mereka juga memakai perkataan ايه yang tersebut di dalamnya dengan erti ayat al-Qur'an' . Padahal perkataan ايه mempunyai banyak lagi erti yang lain menurut bahasa Arab.
Antara ertinya ialah:
(i) Tanda; alamat. (ii) Bukti; dalil; hujah. (iii) Mujizat. (iv)Ayat. (v) Hukum. (vi) Pengajaran; teladan. (vii) contoh. (viii) Dan lain-lain.
Golongan ketiga berpendapat perkataan ايه di dalam Surah al-Baqarah , ayat 106 itu sebetulnya bererti mukjizat. Jadi maksud firman Allah itu ialah :"Tidak Kami tukar/hilangkan sesuatu mujizat (seseorang nabi) atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, melainkan Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya'. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"
Di zaman Nabi Musa as sebagai contohnya, Allah telah memberikan kepada Baginda mukjizat-mukjizat tertentu sebagai sokongan dan bukti daripadaNya bahawa baginda
adalah Rasul Allah yang sebenar. Kemudian setelah Allah mengutuskan Nabi Isa as , Baginda diberikan mukjizat- mukjizat yang lain pula sebagai ganti kepada mukjizat- mukjizat yang pernah diberikan kepada Nabi Musa a.s. sebelumnya.
Mukjizat-mukjizat Musa telah dilupakan oleh manusia kemudian kerana ia telah agak lama berlalu' . Begitu juga dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada
Nabi kita Muhammad s.a.w. Ia diberikan kepada Baginda sebagai ganti kepada mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa yang telah berlalu sebelum baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada
288
Tiada ulasan:
Catat Ulasan