Ahad, Mac 28, 2021

Tafsir asas quran nota 9(290)18

Tafsir asas quran nota 9(290)18

dengan mu'jizat. Ia langsung tiada kaitan dengan memansukhkan mana-mana ayat al-Qur'an, apalagi untuk dikata ia memansukhkan ayat hukum secara khusus. Untuk maksud itu, isyarat pun tidak terdapat di dalamnya!
Perkataan آية sememangnya ada digunakan di dalam al-Qur'an dengan erti tanda kebesaran dan kekuasaan Allah atau mu'jizat pada beberapa tempat. Umpamanya di
dalam dua ayat berikut:

Al-Anbiya 21:81
وَلِسُلَيْمَٰنَ ٱلرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِى بِأَمْرِهِۦٓ إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيهَاۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عَٰلِمِينَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan
anaknya tanda (kebesaran dan kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam. (al-Anbiyaa':91).


Al-Mu'minun 23:50
وَجَعَلْنَا ٱبْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُۥٓ ءَايَةً وَءَاوَيْنَٰهُمَآ إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 
Bermaksud: Dan Kami jadikan (Nabi lsa) Ibni Mariam serta ibunya sebagai satu tanda (mu'jizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal
yang ada tanaman dan mata air yang mengalir. (al-Mu'minun:50).

Selain itu ayat 106 Surah al-Baqarah juga disudahi dengan menyebutkan sifat Maha kuasa Allah atas segala sesuatu melalui firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah
kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"

Kalaulah perkataan آية di dalamnya tidak dipakai dengan erti tanda kekuasaan dan kebesaran Allah atau mu'jizat (آية كونية), niscaya tidak sesuailah sifat Maha kuasa Allah atas segala sesuatu dijadikan sebagai penutupnya! Kalaulah perkataan آية yang tersebut di dalamnya bererti ayat al-Qur'an yangberkaitan dengan hukum-hakam آية تشريعية, niscaya sifat Allah yang sesuai dijadikan sebagai penutup ayat tersebut bukan قدر (Maha Kuasa), sebaliknya sifat ,عليم (Maha Mengetahui), حكيم (Maha Bijaksana)atau خبير. (Maha Mendalam llmuNya).
Semua ini menunjukkan ayat 106 yang dijadikan sebagai hujah bagi adanya nasakh didalam al-Qur'an itu sebenarnya tidak jitu.

290

Tiada ulasan:

Catat Ulasan