Daurah tafsir 2019 sesi 23(63)nota 16(366-368)s
Surah Al munafikun
Tertib surah 63
Bilangan ayatnya 11
Bilangan rukuk 2
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 104
Bilangan paragrafnya ada 2
Paragraf 1 ayat 1-8 Duabelas sifat orang2 munafik
Paragraf 2 ayat 9-11 Sifat nifaq boleh dirawat dengan إِنفاقdan ذِكْرُاللّٰه
(Zikir dlm makna umum dan khusus)
Mesej
1.Bimbingan kepada orang2 Islam supaya memahami pelbagai helah dan taktik orang2 munafik.
2.Peringatan kepada golongan munafik bahawa penyakit nifaq boleh dirawat dgn ingat kepada Allah dan
إِنفاق في سَبيل اللّٰه
Zaman Diturunkan
Surah al-Munafiqun diturunkan setelah Rasulullah s.a.w. pulang daripada Ghazwah Bani al-Mushthaliq pada bulan Sya'baan tahun ke-6 Hijrah, ketika itu orang-orang munafiq sedang bercakap-cakap bahawa 'Abdullah bin Ubai (ketua orang-orang munafiq) berkata: 'Orang yang lebih mulia dan lebih kuat ٱلْأَعَزُّ akan mengeluarkan orang yang lebih hina dan lemah ٱلْأَذَلَّۚ dari Madinah. (Ayat: 8). 'Abdullah bin Ubai
telah menganggap dirinya sendiri sebagai ٱلْأَعَزُّ' dun Rasulullah s.a.w. pula diangg apnyasebagai ٱلْأَذَلَّۚ;".
Al-Munafiqun 63:8
يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَآ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ ٱلْأَعَزُّ مِنْهَا ٱلْأَذَلَّۚ وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Mereka berkata, “Sungguh, jika kita kembali ke Madinah (kembali dari perang Bani Mustalik), pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana.” Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.
Kelebihan Surah Al-Munafiqun
Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Jumu'ah dan Surah al-Munafiqun di dalam shalat Jumaat, tujuan Rasulullah s.a.w. berbuat begitu adalah supaya sampai kandungan kedua-dua surah itu kepada semua orang dan mereka tidak hanya menghafalnya, sebaliknya diharapkan akan beramal dengan segala hukum-hakam dan pedoman yang terdapat di dalamnya. Sahih Muslim, Kitab Jumu'ah, Bab Apa Yang Dibaca Dalam Shalat Jumaat, hadits 2,063.
Perkaitan Surah Al-Munafiqun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Jumu'ah sebelum ini telahpun dinyatakan bahawa untuk mengukuhkan negara Islam dan untuk membersihkan jiwa orang-orang yang beriman perlu sekali umat Islam berpegang teguh dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, di samping menegakkan perpaduan masyarakat dengan melaksanakan shalat Jumaat dan khutbah Jumaat. Jika tidak umat ini juga akan menjadi seperti'ulama'-'ulama'
Yahudi yang belakangnya memikul kitab tetapi tidak mengamalkan ajaran dan apa yang terkandung didalam kitab. Di dalam Surah al-Munafiqun ini pula dinyatakan bahawa untuk teguh negara Islam dan untuk umat ini berjaya dalam jihad, mereka hendaklah menjauhi sifat nifaq, banyak-banyak mengingati Allah, tidak menunjukkan minat yang berlebihan kepada dunia, sebaliknya mereka hendaklah dengan sukarela dan senang hati berbelanja di jalan Allah.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. (Ayat 7).
Al-Munafiqun 63:7
هُمُ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُوا۟ عَلَىٰ مَنْ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّوا۟ۗ وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَٰكِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ
7. Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka meninggalkannya". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
Firman Allah ini menggambarkan kata-kata dan perancangan ketua orang-orang munafiq kepada anak
buahnya supaya tidak berbelanja dan memberi sumbangan kepada orang-orang Muhajirin yang miskin supaya kesatuan dan perpaduan orang-orang Muhajirin dan Anshar menjadi berantakan dan jama'ah Islam pula menjadi pecah.
2. (Ayat 10).
Al-Munafiqun 63:10
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
10. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum
seseorang dari kamu sampai ajal (maut) kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Firman Allah ini merupakan jawapan kepada ayat ke-7 yang dikemukakan sebelum ini. Di dalam ayat ini Allah memerintahkan orang-orang Islam supaya tidak terpengaruh dengan di'ayah orang-orang munafiq. Orang-orang Islam sebaliknya hendaklah berbelanja di jalan Allah sebelum mereka mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan