Tafsir asas quran nota 9(302)255
(i)la akan memberi erti, tidak ada seorang pun rasul melainkan telah membawa ayat al-Qur'an yang memansukhkan ayat yang lain dengan izin Allah. Soalnya, apakah setiap orang rasul datang dengan membawa ayat al-Qur'an Yang menasakhkan ayat lain? Apakah ayat nasikh dan ayat mansukh daripada al-Quran vang telab dibawa oleh rasul-rasul sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w.?
(ii)Allah menerangkan bahawa beberapa orang rasul sebelum Muhammad juga diutus Allah dengan memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan, sebenarnya keterangan itu adalah untuk menyatakan bahawa para rasul sebagai manusia juga mempunyai keperluan dan kelemahan seperti manusia-manusia lain. Oleh itu adanya keperluan dan kelemahan pada mereka sebagai manusia sepatutnya tidak menimbulkan kehairanan. Adalah tidak wajar menolak seruan para rasul semata-mata kerana mereka juga mempunyai isteri dan anak cucu seperti kita? Lalu apakah kaitan rasul-rasul yang mempunyai sifat-sifat demikian dengan membawa ayat al-Qur'an yang memansukhkan ayat lain atau dimansukhkan dengan ayat al-Qur'an yang lain? Sedangkan apa yang dibawa oleh para rasul itu bukan al-Qur'an pun. Nabi Musa membawa Taurat. Nabi 'Isa membawa Injil. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain. Semua mereka membawa kitab atau suhuf masing-masing. Tiada siapa pun daripada mereka mereka membawa al-Qur'an? Yang membawa al-Qur'an hanyalah Nabi Muhammad saw. Jadi mengaitkan ayat ke-38-39 Surah arRa'd ini dengan bab nasakh ayat al-Qur'an adalah sesuatu yang di luar konteks.
Kesimpulannya ialah ayat ke-38-39 Surah ar-Ra'd lebih sesuai dikaitkan dengan syariat atau pun mukjizat yang diberi Allah kepada rasul-rasulNya. Ada syariat rasul terdahulu yang dihapuskan mujizat dan ada juga yang ditetapkan sehingga dapat terus dipakai oleh umat yang datang kemudian. Ada mu'jizat yang dihapuskan dan ada pula mu'jizat yang dikekalkan oleh Allah untuk rasul-rasul yang datang kemudian. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Tiada satu pun daripada yang dihapuskan atau ditetap dan dikekalkan berlaku mengikut kehendak rasul-rasul iłu sendiri tanpa kebenaran daripada Allah.
Ayat ke-39 Surah ar-Ra'd itu oleh sesetengah 'ulama' ilmu 'aqidah dipakai dengan erti "qadha' muî allaq” dan ”qadha' mubram”. Qadha' mus allaq bererti ketetapan Allah yang masih lagi tergantung. la tergantung pada amalan atau tindakan tertentu makhluk. Qadha' mubram pula ialah ketetapan Allah yang memang telah putus. la tidak tergantung dengan apa-apa amalan pun. Firman Allah: يمحو الله ما يشاء mencerminkan "qadha' mu'allaq”, sementara ويثبت pula mencerminkan ”qadha' mubram”. Kedua-dua qadha' atau qadar (taqdir) itu bagaimanapun sedia ada dalam ilmu Allah s.w.t. Atau sudah pun tercatat di dałam al-Lauh al-Mahfuzh. Itulah yang
255
Tiada ulasan:
Catat Ulasan