Daurah tafsir 2019 sesi 24(70)nota 16(385-387)s
070.Surah Al Maaarij.
Dalam surah ini ,Allah swt banyak menyebut tentang teguran2 dan takhwif ukrowi dan penafian syafaat dan penolakan syirik berkat.
Surah Al Maarij
Tertib surah 70
Bilangan ayatnya 44
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 79
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-7 Kiamat hampir , orang kafir bertanya bilakah akan berlaku kiamat.
Paragraf 2 ayat 8-14 Pemandangan hari qiamat dan keadaan manusia yang membawa diri masing-masing.
Paragraf 3 ayat 15-18 Keadaan api neraka dan akibat buruk yg akan diterima oleh orang-orang bakhil.
Paragraf 4 ayat 19-35 Azab yg pedih adalah akibat yg akan diterima oleh kapitalis yang bakhil dihari akhirat nanti.
Paragraf 5 ayat 36-44 Ancaman diganti dengan bangsa lain dan amaran tentang azab diakhirat.
Mesej utamanya.
1.Orang-orang yang bertanya tentang bila akan berlaku hari kiamat hendaklah percaya tentangnya.
2.Mereka hendaklah melahirkan sifat-sifat terpuji didalam diri seperti yg ada pada orang-orang yang beriman.
3.Api neraka akan menarik kearahnya pemuja dunia yg bakhil.
ZamanDiturunkan
Surah al-Ma'arij juga termasuk dalam surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah di peringkat ke-2
kehidupan Baginda di Mekah, ketika itu seruan kepada Islam telah pun dikemukakan secara terbuka,ketika itu juga Sayyidina 'Umar belum lagi memeluk agama Islam kerana beliau baru memeluk agama Islam pada bulan ZulHijjah tahun ke-6 Kenabian. Besar sekali kemungkinan surah ini diturunkan pada tahun ke-5 Kenabian sama seperti Surah al-Haaqqah. Di dalam surah ini disebutkan penyelewengan
dahsyat oleh pemimpin-pemimpin kafir Quraisy dalam kewangan dan punca pendapatan mereka.
Nadhr bin Harits salah seorang pemimpin Quraisy terkenal yang kemudiannya terbunuh dalam peperangan Badar pernah bertanya: "Bilakah kiamat itu akan berlaku?", sebagai jawapannya orang-orang seperti itu diberitahu bahawa kiamat di sisi Allah sangat hampir dan dekat, mereka sepatutnya tidak bertanya tentang bila berlaku kiamat itu, sebaliknya hendaklah menyiapkan diri untuk
menghadapinya. Mereka sepatutnya beriman dan mempunyai sifat-sifat terpuji sebagaimana yang
tersebut di dalam surah ini. Jika tidak mereka mungkin dihapuskan dan digantikan dengan kaum yang lain, sedang azab qiamat adalah suatu yang memang benar akan berlaku.
Perkaitan Surah Al-Ma'arij Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qalam sebelum ini telah pun dikemukakan satu soalan iaitu أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ
(Ayat: 35). Di dalam Surah al-Haaqqah pula dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin Quraisy memang
cuai dan mengabaikan hak orang-orang miskin,وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ(Ayat: 34).
Al-Qalam 68:35
أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ
Apakah patut Kami memperlakukan orang-orang Islam itu seperti orang-orang yang berdosa (orang kafir)?
Al-Haqqah 69:34
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ
Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.
2. Di dalam Surah al-Ma'arij ini pula dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin kafir Quraisy itu memang penjenayah dan bakhil, mereka hanya tahu mengumpulkan wang dan harta semata-mata 'وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ (ayat 18) selain itu perihal penjenayah-penjenayah dikemukakan bahawa mereka pada hari kiamat nanti cuba untuk melepaskan kaum kerabat mereka daripada azab Allah. (Ayat: 11 dan 14).
Al-Ma'arij 70:11
يُبَصَّرُونَهُمْۚ يَوَدُّ ٱلْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِى مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍۭ بِبَنِيهِ
sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya,
Al-Ma'arij 70:14
وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ
dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.
Al-Ma'arij 70:18
وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ
dan orang yang mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini Rasulullah s.a.w. dinasihati supaya bersabar dengan sebaik-baiknya (Ayat: 5).
Al-Ma'arij 70:5
فَٱصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
5. Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
Di permulaan Surah al-Ma'arij lagi telah pun didedahkan bahawa orang-orang musyrikin Mekah menganggap azab pada hari kiamat sesuatu yang tidak logik dan tidak masuk 'aqal. Umat Islam pula dianjurkan supaya berakhlak mulia, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan bersedekah untuk orang-orang yang malang dan memerlukan supaya mereka terhindar daripada azab di akhirat.
2.Di dalam Surah al-Ma'arij sekurang-kurangnya tersebut 9 kali tentang hari kiamat (Ayat: 1,6,7,8,11,26,42,43 dan 44).
Al-Ma'arij 70:1
سَأَلَ سَآئِلٌۢ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ
Seseorang bertanya tentang azab yang pasti terjadi,
Al-Ma'arij 70:6
إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُۥ بَعِيدًا
Mereka memandang (azab) itu jauh (mustahil).
Al-Ma'arij 70:7
وَنَرَىٰهُ قَرِيبًا
Sedangkan Kami memandangnya dekat (pasti terjadi).
Al-Ma'arij 70:8
يَوْمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلْمُهْلِ
(Ingatlah) pada hari ketika langit men-jadi bagaikan cairan tembaga,
Al-Ma'arij 70:11
يُبَصَّرُونَهُمْۚ يَوَدُّ ٱلْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِى مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍۭ بِبَنِيهِ
sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya,
Al-Ma'arij 70:26
وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ
dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan,
Al-Ma'arij 70:42
فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا۟ وَيَلْعَبُوا۟ حَتَّىٰ يُلَٰقُوا۟ يَوْمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ
Maka biarkanlah mereka tenggelam dan bermain-main (dalam kesesatan) sampai mereka menjumpai hari yang diancamkan kepada mereka,
Al-Ma'arij 70:43
يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ ٱلْأَجْدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمْ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ
(yaitu) pada hari ketika mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu di dunia),
Al-Ma'arij 70:44
خَٰشِعَةً أَبْصَٰرُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌۚ ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلَّذِى كَانُوا۟ يُوعَدُونَ
pandangan mereka tertunduk ke bawah diliputi kehinaan. Itulah hari yang diancamkan kepada mereka.
3. Di dalam surah ini dikemukakan kesaksian lrJiiJir f-sJi i-,, bahawa Allah mempunyai kuasa untuk menghapuskan orang-orang kafir Quraisy dan menggantikan mereka dengan satu kaum lain yang lebih baik dari mereka. Orang-orang kafir Quraisy diberi ancaman dengan menyatakan sunnatullah dalam penukaran bangsa-bangsa. (Ayat: 40 dan 41).
Al-Ma'arij 70:40
فَلَآ أُقْسِمُ بِرَبِّ ٱلْمَشَٰرِقِ وَٱلْمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ
Maka Aku bersumpah demi Tuhan yang mengatur tempat-tempat terbit dan terbenamnya (matahari, bulan dan bintang), sungguh, Kami pasti mampu,
Al-Ma'arij 70:41
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
untuk mengganti (mereka) dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan Kami tidak dapat dikalahkan.
4. Al-Ma'arij 70:18
وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ
Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).
Firman Allah ini menggambarkan sikap seorang pemimpin Quraisy yang begitu bakhil dan hanya tahu menyimpan dan mengumpul harta dunia, dia bukan sahaja hanya tahu mengumpul harta bahkan dikumpulnya harta dengan cara yang tidak betul.(Ayat: 18).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan