Daurah tafsir 2019 sesi 24(71)nota 16(390)
(a) Setelah menyeru manusia supaya beristighfar, Nabi Nuh telah memberi berita gembira bahawa jika mereka beristighfar, nescaya Allah menambahkan lagi harta dan anak-anak kepada mereka (Ayat:12).
Nuh 71:12
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا
12. "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(b) Tetapi kaum Nuh sebaliknya mengikut kepemimpinan orang musyrik, kerana itu harta benda dan anak-anak mereka tidak bertambah sebaliknya mereka semakin rugi (Ayat 21).
Nuh 71:21
قَالَ نُوحٌ رَّبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِى وَٱتَّبَعُوا۟ مَن لَّمْ يَزِدْهُ مَالُهُۥ وَوَلَدُهُۥٓ إِلَّا خَسَارًا
21. Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka
kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
390
Tiada ulasan:
Catat Ulasan