Ahad, Mei 02, 2021

K999.Saya dan isteri berpeluang temubual 12 Malaysian Top Parents 10 tahun yang lalu.(Dr Syukri)

K999.Saya dan isteri berpeluang temubual 12 Malaysian Top Parents 10 tahun yang lalu.(Dr Syukri)

 Salah satu amalan mereka ialah rajin membawa anak ke perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Pagi ini seorang ibu membuat komen berikut yang amat saya gemari.
.
"Setiap bulan wajib belanja buku, bahan bacaan terpilih sahaja. Mereka akan pilih sendiri dan kami akan tapis.
Setiap 2 minggu sekali, bawa anak ke perpustakaan negeri untuk buat pinjaman buku. Guna kad pinjaman mereka sendiri. Anak2 ada kad pinjaman seawal 4 tahun.
Rumah kami tiada TV, anak akan membaca, melukis, bermain, dll.
Menonton movie dengan kami pada hujung minggu sahaja. Movie by true story dan movie yg ada nilai dan ditapis terlebih dahulu.
Alhamdulillah, anak2 lebih fokus dan terdidik. Doakan ya. Kami terus konsisten dengan amanah ini"
(Puan Akmariah)
.
Tahniah Puan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan