Ahad, Mei 02, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)282

Tafsir asas quran nota 9(302)282


Bermaksud: Dan beribadatlah kamu kepada Allah dan janganlah kannu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anakanak yatim dan orang-orang miskin dan iiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan seiawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaa':36).


Perhatikan rangkai kata yang bergaris di bawahnya di dalam ayat di atas. Itulah erti sebenarnya. Tetapi mereka ini menta'wilkannya dengan makna-makna yang jauh terpesong daripada makna sebenarnya. وَالّجَار ذِي القُرْبِى  ditafsirkan dengan hati. وَالّجَار الٌجُنبِ ditafsirkan dengan nafsu semula jadi di dalam diri manusia.  وِالصِّاحِب باجَنُبِ ditafsirkan dengan akal yang mengikut Syara'. Dan  وِأبْن السِّبيلpula ditafsirkan dengan anggota badan yang ta'at dan patuh kepada Allah.

(7) Firman Allah di dalam Surah an-Naml berikut:

An-Naml 27:52

فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةًۢ بِمَا ظَلَمُوٓا۟ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 
Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui (akan sebab dan musababnya). (an-Naml:52).

Mereka pula mentafsirkannya dengan: "ltulah hati-hati mereka setelah terus berada di atas apa yang dilarang Oleh Allah. 'Rumah-rumah mereka' ditafsirkan dengan hati-hati mereka. Hati manusia itu diibaratkan sebagai rumah, adakalanya ia ma'mur dengan zikir kepada Allah, adakalanya pula ia runtuh dan sepi apabila tiada zikir kepada Allah di dalamnya.

(8) Firman Allah di dalam Surah ar-Ruum berikut:

Ar-Rum 30:41
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
Bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan Oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang nnereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insafdan bertaubat). (ar-Ruum:41)

282

Tiada ulasan:

Catat Ulasan