Tafsir asas quran nota 9(302)284
terdapat isyarat-isyarat yang tersembunyi. la kadangkala disingkapkan kepada hati sesetengah auliya' Allah dan hamba-hambaNya yang saleh. Isyarat-isyarat itu bagaimanapun tidaklah menyalahi ma'na zahir al-Qur'an yang dimaksudkan. Malah ia betepatan dengan ma'na ahir yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Golongan Yang Tidak Menerima Tafsir Isyari Dan Alasan Mereka.
Antara tokoh tafsir yang menolak tafsir isyari ialah:
(i)Al-lmam Abul Hasan al-Waahidi. Ibnu as-Shalah di dalam Fatawanya menurut apa yang dinukilkan daripada beliau oleh az-Zarkasyi di dalam al-Burhannya, berkata: "Aku dapati Imam Abul Hasan al-Waahidi al-Mufassir berkata, "Abu 'Abdir Rahman as-Sulami telah mengarang 'Haqa'iq at-Tafsir'. Jika dia percaya bahawa apa yang ditulisnya itu tafsir, maka jadi kafirlah dia."
(az-Zarkasyi — al-Burhaan Fi 'Ulum al-Qur'an j.2 m/s 170).
(ii)Al-lmam an-Nasaf1 (Abul Barakaat 'Abdullah bin Ahmad bin Mahmud m.710H). Beliau di dalam Kitab 'Aqa'idnya berkata, "Nas-nas al-Qur'an adalah mengikut ma'na zahirnya. Berpaling daripadanya kepada ma•na-ma'na yang dida'wa oleh Ahlul Bathin adalah ilhad (kekufuran). (Al'Aqaa'id an-Nasafiyyah m/s 166).
(iii)Al-lmam Sirajuddin al-Bulqini ('Umar bin Ruslan bin Nashir bin Saleh al-Kinaani al-Bulqini m.805H). As-Suyuthi di dalam al-ltqaan berkata, "Pernah Syeikhul Islam al-Bulqini ditanya tentang seseorang yang mentafsirkan firman Allah berikut:مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ
Al-Baqarah 2:255
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.
dengan mengatakan bahawa ma'nanya ialah مَن ذَا ٱلَّذِى (sesiapa yang menghinakan) dan adalah isyarat kepada النفس (nafsu). يَشْفَ pula fi'il mudhari' majzum daripada dan ia menjadi jawab bagi عُ، مَنْ pula adalah fiil amar daripada perkataan الوعي . Jadi ma'nanya ialah sesiapa yang menghinakan nafsu, ia sembuh. Sedarlah! Maka Syeikhul Islam al-Bulqini memfatwakan orang yang mentafsirkan begitu sebagai mulhid (kafir dengan sebab memutar belit dan memesongkan ma'na ayat al-Qur•an). (al-ltqaan j.2 m/s 236).
Antara alasan mereka kenapa tafsir isyari tidak dibenarkan ialah:
(1) Bahasa yang terpakai di dalam al-Qur'an adalah bahasa 'Arab tulen. Ma'na isi kandungan dan struktur ayatnya tentulah menurut apa yang difahami dan diketahui oleh bangsa Arab yang
284
Tiada ulasan:
Catat Ulasan