Halaman

Rabu, Mei 05, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)285

Tafsir asas quran nota 9(302)285

menggunanya. Sesuatu yang tidak diketahui dan dimengerti oleh orang Arab. tentu skali tidak boleh dianggap sebagai dimaksudkan dengan bahasa tulen itu. Jika ia tidak mengikut qaedah bahasa 'Arab bagaimana mereka akan memahaminya? Oleh itu tidak haruslah al-Quran itu ditafsirkan apa lafaz-lafaznya

(2)Tafsiran yang menyalahi zahir bahasa Arab akan membawa al-Quran daripada maksud dan tujuannya. sebagai contoh lihat saja betapa tafsiran telah dibuat seorng yang dianggap sebagai as-Syeikh al-Akbar oleh orang-orang sufi iaitu Ibnu Arabi.
Beliau telah mentafsirkan firman Allah di bawah ini:
31
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran. mereka tidak juga akan beriman. (alBaqarah:6), 
dengan mengatakan: "Wahai Muhammad... Sesungguhnya orang-orang kafir. mereka menyembunyikan cinta mereka kepadaKu... Biarkan mereka. Sama saja kepada mereka sama ada engkau beri amaran yang aku utuskan engkau membawanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman dengan kata-katamu. Kerana mereka tidak fikir selain Aku. Engkau pula memberi amaran kepada mereka dengan makhlukKu. Padahal mereka tidak dapat mengerti dan tidak nampak pun makhluk yang engkau ancam mereka dengannya itu. Bagaimana mereka akan beriman kepadamu.sedangkan Aku telah mengunci hati mereka Aku tidak tinggalkan langsung ruang di dalam hati mereka untuk selainKu. Pada pendengaran mereka ada penutup. Mereka tidak mendengar kalam yang lain di dalam alam ini selain daripadaKu. Pada penglihatan mereka juga ada penutup berupa keindahanKu ketika menyaksikan Akü. Mereka tidak nampak lagi selainKu. (al-Futuhaat al-Makkiyyah j.1 m's 115).

(3)Tafsir isyri seperti yang dibuat oleh orang-orang sufi itü tidak pernah dinukilkan daripada Salaf as-Saleh, baik dari kalangan sahabat, tabi'in atau tab'i at-tabi'in. Meskipun mereka lebih mengerti tentang Kitab Allah dan lebih mengertİ Bahasa arab daripada orang-orang lain. Sekiranya tafsiran seperti itü telah ada di kalangan mereka, sudah tentü ia dinukilkan kepada kita seperti mana dinukilkan perkara-perkara lain. Apabila terbukti tidak ada nukilan daripada mereka mengenainya, dapatlah disimpulkan bahawa tafsiran itü tidak pernalı wujud semasa mereka. Adalah  tidâk masuk akal jika dikatakan orang lain telah membawu tafsir yang Iebih baik daripada tafsir mereka.

285


Tiada ulasan:

Catat Ulasan