Sabtu, Mei 22, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)302

Tafsir asas quran nota 9(302)302


Untuk apa Nabi Sulaiman menyuruh pembesar dan kakitangan kerajaannya mengubah peta yang telah dibuat dengan elok oleh seorang yang pakar di kalangan mereka? Bukankan menurut pengarang tafsir itu, peta tersebut sengaja dibuat untuk dihantar kepada kepala-kepala negara yang akan diserang oieh Nabi Sulaiman? Bagaimana Balqis akan mengetahui negaranyalah yang hendak diserang oleh Sulaiman kalau peta negaranya sudah diubah? Padahal pengarang tafsir itu telah berkata sebelum itu bahawa tujuan peta-peta dihantar ialah untuk menyatakan Nabi Sulaiman merangkap seorang raja benar-benar serius dan tidak berolok-olok dalam melaksanakan maksudnya menyerang negara-negara berkenaan? Bukankan dengan mengubah peta negara yang diperintah Balqis menampakkan Nabi Sulaiman tidak serius dan Baginda hanya berolok-olok dan bergurau sahaja dengannya?!

Dan kalaulah perkataan 'arasy di dalam ayat di atas sememangnya bererti peta yang dihantar kepada ketua-ketua negara yang akan diserang, kenapakah di dalam ayat seterusnya Allah berfirman begini pula?:

An-Naml 27:42
فَلَمَّا جَآءَتْ قِيلَ أَهَٰكَذَا عَرْشُكِۖ قَالَتْ كَأَنَّهُۥ هُوَۚ وَأُوتِينَا ٱلْعِلْمَ مِن قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ 
Bermaksud: Setelah dia (Ratu Balqis) datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgasanamu?" Dia menjawab: "Seakan-akan singgasana ini singgasanaku. Kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri." (an-Naml:42).


Kenapa pula peta baru diberikan kepada Balqis setelah ia datang? Pertanyaan "Serupa inikah singgahsanamu?" akan bertukar menjadi "Serupa inikah peta negaramu?" Pertanyaan seperti itu kepada Balqis sama sekali tidak akan mengagumkannya, sebaliknya menampakkan kelemahan Nabi Sulaiman dan pegawai-pegawai kerajaannya yang tidak tahu membuat peta! Kerana peta telah diubah daripada bentuk sebenarnya! 

Lihatlah juga bagaimana عفريت  yang merupakan sejenis makhluk jin díta'wil dengan salah seorang panglima dan jin pula dipakai dengan erti satu qabilah manusia. Ini semua dilakukan kerana pengarang tafsir itu seperti Sir Syed Ahmad Khan juga sebenarnya tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus seperti jin dan malaikat.

Aduh, sungguh melucukan! Kerana tidak mahu menerima adanya mu'jizat para nabi dan rasul sampai begitu sekali boleh hilang kewarasan manusia!!

302

Tiada ulasan:

Catat Ulasan