Ahad, Mei 23, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)303

Tafsir asas quran nota 9(302)303

(3) Bukan sahaja mu'jizat Nabi Sulaiman a.s. yang dinafikan dan dita'wil oleh pengarang tafsir Al-Hidayah Wa al-'lrfaan, mukjizat ayahandanya iaitu Nabi Daud a.s. juga dinafi dan dita'wilnya. Walaupun takwilannya bercanggah dengan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. bahasa 'Arab dan akal yang waras, bahkan walaupun bercanggah dengan al-Qur'an al-Karim sendiri'.

Lihat sebagai contohnya mukjizat Nabi Daud yang tersebut di dalam firman Allah di bawah ini:
وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Bermaksud: .... dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya. (al-Anbiyaa':79).


Al-Anbiya 21:79
فَفَهَّمْنَٰهَا سُلَيْمَٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًاۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Dan Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat); dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya.



Ayat ini menyatakan salah satu daripada kurniaan Allah berupa mu'jizat kepada Nabi Daud a.s. ialah gunung-ganang dan unggas turut bertasbih bersamanya.

Muhammad Abu Zaid pula menta'wil ma'na tasbih yang tersebut di dałam ayat di atas dengan katanya: "la bererti gunung-gunung mengeluarkan logam-logam yang ada di dalamnya untuk kemudahan Daud membuat senjata dan peralatan perang.” (Al-Hidayah Wa al-' Irfaan mis 257).

Perkataan  الطير di dalam ayat iłu yang menurut bahasa 'Arab bererti burung-burung dita'wilnya dengan berkata; "Perkataan digunakan untuk yang bersayap dan setiap yang laju perjalanannya, sama ada berupa kuda. kereta api atau kapal terbang.” (ibid m/s 257).

Soalnya ialah kenapa pengarang tafsir itu begitu beria-ia menta'wil makna tasbih haqiqi (sebenar) kepada ma'na lain yang langsung tidak ada qarinah (bukti) yang memalingkannya daripada ma'na sebenarnya kepada makna-makna lain? Jawapannya mudah saja. kerana pengarangnya tidak menerima konsep mukjizat para nabi dan rasul. Kalau terdapat di dalam mana-mana ayat sesuatu yang menunjukkan keajaiban mereka. cepat-cepatlah dia berusaha menyembunyikannya daripada pandangan orang ramai.
Kalaulah makna tasbih gunung-gunung di dalam ayat itu betul-betul seperti yang dikatakan oleh pengarang tafsir tersebut, maka apakah keistimewaan Nabi Daud sehingga ia disebut oleh Allah sebagai kurniaanNya? Bukankah sekalian nłanusia dari dahulu hingga ke hari ini mengeluarkan pelbagai logam daripada perut bumi termasuk daripada gunung-gunung? Apa yang peliknya kalau Nabi Daud juga seperti orang-orang lain mengeluarkan logam daripada gunung-gunung atau daripada perut bumi?

303


Tiada ulasan:

Catat Ulasan