Khamis, Mei 27, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)307

Tafsir asas quran nota 9(302)307

Ahli Bid'ah yang dimaksudkan di sini ialah orang-orang yang pada dasarnya berpegang dengan ajaran dan fahaman Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah, mereka bahkan mendawa lebih sunnah daripada orang-orang lain, namun mereka juga sebenarnya telah terpesong daripada landasan Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah kerana mempercayai beberapa bid'ah, mengamalkannya serta menganjurkan masyarakat supaya menghidupkannya secara terbuka.

Untuk menegakkan pegangan mereka, golongan ini tidak teragak-agak mentawil ayat-ayat alQur'an secara sewenang-wenang supaya ia kelihatan membenarkannya. Mereka juga seringkali menyebarkan hadits-hadits palsu untuk tujuan yang sama. Golongan ini seperti golongan naturalis, rasionalis dan liberalis juga tidak mempunyai kitab tafsir yang lengkap dan sempuma dalam bahasa 'Arab. Apa yang ada hanyalah tafsiran terhadap beberapa ayat al-Quran yang ditulis di dalam buku-buku atau artikal-artikal tertentu di bawah tajuk dan topik yang pelbagai. Berikut dikemukakan beberapa sahaja daripada contoh-contohnya:

(1) Firman Allah di bawah nanti dijadikan dalil oleh golongan ini untuk membuktikan keharusan bahkan keelokan membina masjid di atas kubur, selain membina kubah dan juga binaan khusus yang kukuh di atasnya. Lihat firman Allah berkenaan:

Al-Kahf 18:21
وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَآ إِذْ يَتَنَٰزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْۖ فَقَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ عَلَيْهِم بُنْيَٰنًاۖ رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُوا۟ عَلَىٰٓ أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًا 
Maksudnya: Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka. Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. {Orang-orang yang berkuasa atas utusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di atas mereka}. (alKahf:21)

Kata mereka, "Orang-orang yang hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi itu adalah orang-orang Nashara berdasarkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab tafsir Ini bererti keharusan membina masjid di atas kubur itu termasuk salah satu ajaran mereka. Dan menurut Usul Fiqh, syariat umat dahulu juga merupakan syariat untuk kita, apabila Allah menyebutnya tanpa membuat apa-apa teguran terhadapnya. Demikianlah halnya dengan membina


307

Tiada ulasan:

Catat Ulasan