Halaman

Jumaat, Jun 04, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(74)nota 16(401)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(74)nota 16(401)

Al-Muddaththir 74:46
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ 
46. "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan

Di dalam Surah al-Qiyaamah selepas ini disebutkan bahawa kiamat pasti akan berlaku, dalil-dalil عقلي,نقلي dan ,أنفسي diberikan sebagai bukti adanya dan pasti akan berlakunya hari kiamat.

3. Surah al-Muddatstsir menggambarkan sikap pemimpin-pemimpin Quraisy yang degil dan sombong,
mereka bukan hendak menerima Rasulullah sebagai utusan Allah sebaliknya mahu kitab-kitab dari
langit diturunkan kepada mereka dan mahu juga mereka dijadikan sebagai rasul (Ayat: 52).

Al-Muddaththir 74:52
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً 
52. (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu
supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh
mereka sendiri).


Di dalam surah ini tersebut beberapa sikap buruk Walid bin al-Mughirah yang merupakan salah seorang ketua orang-orang kafir Quraisy Mekah. Di dalam surah akan datang pula disebutkan beberapa sikap buruk Abu Jahal.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya memberi ancaman ( إنذار ) menggunakan al-Qur'an, قُمْ فَأَنذِر. Di dalam al-Qur'an terdapat perincian tentang azab neraka. Itu juga sebagai ancaman dan peringatan kepada manusia 
(Ayat: 36).

Al-Muddaththir 74:36
نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ 
Yang menjadi amaran bagi umat manusia

Sebagai bantahan kepada tuduhan yang dibuat oleh Walid bin al-Mughirah terhadap al-Qur'an bahawa ia sihir atau hanya kalam manusia, al-Qur'an disebutkan di dalam surah ini sebagai نذكِرَة (nasihat).

2. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara ahli syurga (أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ ) dan ahli neraka (مُجْرِمِينَ)
Al-Muddaththir 74:38
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ 
Al-Muddaththir 74:39
إِلَّآ أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ 
Al-Muddaththir 74:40
فِى جَنَّٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ 
Al-Muddaththir 74:41
عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ 
38.Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
39. Kecuali puak Kanan,
40. (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh ni'mat), mereka bertanya-tanya,
41. Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah.

401

Tiada ulasan:

Catat Ulasan