Halaman

Khamis, Jun 24, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 26(80)nota 16(415)

Daurah tafsir 2019 sesi 26(80)nota 16(415)

Zaman Diturunkan
Surah 'Abasa juga diturunkan kepada Rasulullah di peringkat kedua kehidupan Baginda di Mekah di
antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian setelah da'wah secara terbuka dilakukan. Ia diturunkan sehubungan sikap Rasulullah yang tidak mengendahkan 'Abdullah bin Ummi Maktum.

Perkaitan Surah 'Abasa Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah An-Naazi'aat terdapat perbandingan di antara golongan طَاغِين orang-orang yang takut kepada Allah, di dalam Surah 'Abasa ini pula disebutkan perbandingan di antara مؤمنين صالحين(orang-orang mu'min yang shaleh) dan  الكَفَرَةُ الفَجَرَةُ orang-orang kafir yang buruk pekertinya).

2. Di dalan Surah An-Naazi'aat terdapat perintah Allah kepada Nabi Musa supaya pergi berda'wah kepada Fir'aun untuk menyucikan dirinya. Di dalam Surah 'Abasa ini pula Rasulullah s.a.w. dipujuk dengan dikatakan jika pemimpin-pemimpin Quraisy menolak seruan Baginda untuk mereka membersihkan diri maka tidak menjadi apa-apa kesalahan kepada Baginda (Ayat: 7). Tetapi mungkin sekali kelayakan untuk menerima seruan tazkiah olehmu itu ada pada seorang buta! (Ayat: 3).

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui perkataan إِستِغناء di firman Allah مَنِ اسْتَغْنَى gambaran sikap dan perangai pemimpin-pemimpin
Quraisy dikemukakan. Betapa mereka tidak mempedulikan dan mengendahkan seruan Rasulullah s.a.w.

2. Firman Allah يَتَزَكَّى enyatakan setiap manusia perlu membersihkan dirinya sama ada dia seorang
pemerintah diktator seperti Fir'aun atau seorang sahabat yang buta seperti Ibnu Ummi Maktum.

415

Tiada ulasan:

Catat Ulasan