Selasa, Jun 01, 2021

Sunan Abu Daud kitab solat sesi 167 ucapan setelah salam

Sunan Abu Daud kitab solat sesi 167 ucapan setelah salam

Hadits 1287

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada sekutu  bagiNya.
BagiNya segala kerajaan. Dan baginya  segala pujian , dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah tiada  yang dapat menegah apa yang mahu apa yang Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau tidak halang.Tidak berguna orang yang kaya itu untuk melepaskan azab mu dengan kekayaannya.

Hadits 1288
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ أَهْلُ النِّعْمَةِ وَالْفَضْلِ وَالثَّنَاءِ الْحَسَنِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada sekutu  bagiNya.
BagiNya segala kerajaan. Dan baginya  segala pujian , dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau tuhan ampunya nikmat dan kurniaan , tuhan yang memberi pujian yang baik atau yang layak menerima pujian yang baik.
Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Kami memurnikan ketundukan kepadaNya walaupun orang-orang kafir merasa tidak senang.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ لَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ 
tidak ada daya dan kekuatan kecuali karena Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Kami tidak menyembah kecuali hanya kepadaNya, bagiNya segala kenikmatan

Hadits 1289
اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ أَنَا شَهِيدٌ أَنَّكَ أَنْتَ الرَّبُّ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ أَنَا شَهِيدٌ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ أَنَا شَهِيدٌ أَنَّ الْعِبَادَ كُلَّهُمْ إِخْوَةٌ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ اجْعَلْنِي مُخْلِصًا لَكَ وَأَهْلِي فِي كُلِّ سَاعَةٍ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ اسْمَعْ وَاسْتَجِبْ اللَّهُ أَكْبَرُ الْأَكْبَرُ اللَّهُمَّ نُورَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ
Ya Allah ya tuhan kami dan tuhan segala sesuatu.
Aku menyaksikan tuhan sesungguhnya Engkau adalah tuhan sebenar  atau Engkau sahaja tiada sekutu bagi Mu.Ya Allah tuhan kami dan tuhan segala sesuatu,aku bersaksi bahawa sesungguhnya  Muhamad adalah hamba mu dan rasulMu. Ya Allah ya tuhan kami dan tuhan segala sesuatu, aku bersaksi bahawa hamba2  Allah ini semuanya saudara.
Ya Allah yang tuhan kami dan tuhan segala sesuatu,jadikanlah Aku ikhlas kepada mu begitu juga  ahli keluarga ku pada setiap saat didunia dan diakhirat.
Ya zaljalaliwalikram.
Ya Allah dengarlah doa ku ini dan terimalah dia ku ini.
Allah yang menyinari langit2 dan bumi.
Cukuplah kepadaku Allah dan Dialah sebaik-baik pelindung .
رَبَّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ اللَّهُ أَكْبَرُ الْأَكْبَرُ حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْأَكْبَرُ
Tuhan langit dan bumi, Allah Maha Besar, cukuplah Allah bagiku, dan Dialah sebaik-baik wakil, Allah Maha Besar). 


Hadits 1290
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah ampunilah daku.Dosa  ku yang dahulu,dosa ku yang kemudian, dosa yang aku sembunyikan  dan aku nyatakan. Dan  ketelanjuranku  dan apa-apa kesilapan ku yang Engkau lebih tahu  dari ku. Engkaulah tuhan yang melebihkan  orang-orang tertentu dan meninggalkan dibelakang orang-orang tertentu. Engkaulah yang memajukan orang-orang tertentu atau bangsa-bangsa tertentu  atau golongan tertentu. Dan golongan  yang memundurkan orang atau golongan  yang tertentu .
Tiada tuhan melainkan Engkau.


Hadits 1291
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ هُدَايَ إِلَيَّ وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَكَ شَاكِرًا لَكَ ذَاكِرًا لَكَ رَاهِبًا لَكَ مِطْوَاعًا إِلَيْكَ مُخْبِتًا أَوْ مُنِيبًا رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي

Tuhan ku tolonglah daku. Jangan Engkau tolong musuhku dalam menghadapi ku. Bantulah aku dan janganlah Engkau bantu musuh ku hadapi aku.
Tolonglah aku  dalam menghadapi musuhku atau perkenakanlah musuhku dan jangan Engkau perkenakan daku.atau tolonglah aku dan jangan engkau tolong musuhku.
Engkau berilah daya ikhtiar kepada ku  untuk menghadapi musuh dan jangan Engkau beri daya  ikhtiar kepada musuh menghadapi ku.
Berilah petunjuk kepada ku  dan permudahkanlah petunjuk aku itu kepada aku.
Tolonglah aku terhadap orang yang bertindak zalim terhadap ku.
Ya Allah , jadikanlah aku seorang yang bersyukur kepadaMu, seorang yang berzikir, seorang takut kepada Mu,seorang yang taat kepada Mu ,seorang yang tenang kepada Mu, seorang yang mengeluh mengenang hukuman Mu, seorang  yang kembali kepada Mu .Tuhan ku terimalah taubatku dan basuhlah dosa ku  .Dan terimalah doa ku  dan kukuhkanlah hujjahku. Berilah petunjuk kepada hati ku. Dan luruskanlah atau perbetulkanlah lidahku  dan Engkau buangkanlah  kekotoran hati ku  atau kejahatan-kejahatan daripada hati ku

Hadits 1292
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Ya Allah Engkaulah yang sejahtera.DaripadaMu lah datang segala  kesejahteraan.
Maha berkat Engkau  ,sangat banyak kebaikan Engkau .
Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan yang mempunyai ihsan yang amat banyak kepada hamba-hambaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan