Tafsir asas quran nota 9(302)330
(2) Imam Fakhruddin Ar-Raazi (m.606 H)
Di dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib yang juga dikenal dengan at-Tafsir al-Kabir, didapati pembahasan ilmiah berkaitan dengan segala bentuk ilmu pengetahuan, seperti falsafah, teologi, ilmu alam, astronomi, kedoktoran, dan sebagainya.
Ar-Raazi sependapat dengan al-Ghazali. Beliau menerusi tafsirnya itu dengan tegas menyanggah penolakan golongan yang mengatakan penggunaan kaedah saintifik semasa tidak relevan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur'an. Menurut beliau, ayat al-Qur'an yang mengandungi elemen saintifik seperti elemen alKawniyyah (alam semesta) perlu difahami berdasarkan konteks sains semasa. Hal ini adalah penting kerana memberikan nilai tambah dalam menyelesaikan kekeliruan di samping menolak dakwaan musuh Islam.
Beberapa 'ulama' yang tidak bersetuju dengannya mengkritik bahawa kitab tafsir beliau itu memuat segala sesuatu kecuali tafsir, kritikan yang samamjuga dilontarkan untuk Tafsir Al-Jawahir karangan Syeikh Thanthawi Jauhari.
(3) Imam Jalaluddin As-Suyuthi (m.911 H)
Imam as-Suyuti juga adalah merupakan 'ulama' terawal yang dikenal pasti membahaskan elemen saintifik dalam al-Qur'an menerusi karya beliau berjudul Mu'tarĂ¼ al-Aqran fi I'jaaz al-Qur'an.
Kajian mendapati, as-Suyuti telah membawa kepelbagaian dalam memahami konteks sebenar sains dalam al-Qur'an.
Beliau telah mendatangkan bukti ilmiah yang tidak pernah dinyatakan oleh sarjana sebelumnya. Beliau juga mengemukakan pendapat-pendapat para 'ulama' yang berbeza pandangan, seterusnya mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Selain itu, beliau juga menyarankan agar kajian yang dilakukan hendaklah berdasarkan fakta dan syarat yang telah digariskan oleh para 'ulama', serta sekali-kali tidak mengamalkan sifat taksub terhadap mana-mana teori sebaliknya melakukan pengamatan dan penelitian yang mendalam.
As-Suyuthi memperkuat pendapat-pendapat yang mendukung penafsiran saintifik seperti dapat dilihat dalam dua buah kitabnya yang lain iaitu al-Itqan dan Iklil al-Ta'wil fi Istinbat al-Tanzil.
(4) lbnu Abi al-Fadhl al-Mursi (570-655 H)
Beliau mempunyai pendapat yang sama seperti al-Ghazali sebelumnya. Menurut beliau. Isyarat-isyarat al-Qur'an kepada dasar industrialisasi sememangnya terdapat di dalarn al-Qur'an. Semua
330
Tiada ulasan:
Catat Ulasan