Halaman

Jumaat, Jun 25, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)331

Tafsir asas quran nota 9(302)331

ilmu sejak awal hingga ke akhir zaman terkumpul dalam al-Quran, tidak dapat diketahui hakikat kecuali oleh Allah swt dan RasulNya.

(5) Syeikh Muhammad   (m. 1323H / 1905 M)
Beliau berpandangan al-Qur'an memuat hakikat sains (permasalahan alam semesta, secara empiris mahupun rasional). Boleh dikatakan semua pendukung tafsir saintifik berpegang bahawa alQur'an merupakan kitab yang memuat segala hal di dunia tanpa ada satu pun perkara yang terlepas, sesuai dengan finnan Allah bahawa al-Qur'an merupakan kitab suci yang memuat segala perkara tanpa terkecuali.
Al-An'am 6:38
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا طَٰٓئِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَٰبِ مِن شَىْءٍۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ 
Bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya. melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Karni tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Qur'an ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (al-An'aam:38).

Permasalahan-permasalahan medikal, kosmologi. astronomi, bahkan biologi dan fizik semuanya telah terangkum dengan rapi dalam lipatan-lipatan mushaf.


(6) Syeikh Muhammad Rashid Ridha (m. 1354 H)
Syeikh Rashid Ridha adalah antara murid utama Syeikh Muhammad s Abduh. Belaiu ialah pengarang kitab Tafsir al-Manaar. Rashid Ridha merupakan salah seorang tokoh ulama' moden terawal yang menyeru umat Islam untuk memahami ayat-ayat al-Qur'an menerusi dimensi saintifik, bersesuaian kedudukan beliau sebagai peneraju Islah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad 'Abduh pada ketika itu. Matlamat utama Rashid Ridha ialah untuk meletakkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran mendahului zaman serta memajukan ummah menerusi penekanan memahami ayat-ayat saintifik al-Qur'an.

(7)Syeikh Thantbawi Jauhari (1287 H-1358 H)
Beliau juga merupakan salab seorang murid terpilih Syeikh Muhamad 'Abduh. Dalam menyusun kitab tafsirnya AI-Jawahir, Thanthawi menggunakan metode analisa dengan corak Penafsiran saintifik. Karya tafsirnya berbeda daripada yang lain kerana kebanyakan berkembang pada masanya adalah penarsiran yang lebih menekankan aspek kebahasaan


331

Tiada ulasan:

Catat Ulasan