Halaman

Sabtu, Julai 03, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(83)nota 16(421)

Daurah tafsir 2019 sesi 27(83)nota 16(421)

Zaman Diturunkan
Surah al-Muthaffifin diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian ketika da'wah secara terbuka telah pun bermula. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. telah mulai ditentang dan dihina serta diperolok-olokkan.

Perkaitan Surah Al-Muthaffifin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam surah ini juga dibuat perbandingan diantara golongan أبرار dan فُجَّار   tetapi beberapa nama untuk tingkah laku dan gelagat golongan ,فُجَّار  digunakan seperti مُعْتَد (orang yang melampaui batas), مُطَفِّفِيْنَ (orang yang tidak jujur dalam perniagaan); أَثِيم  (orang yang berdosa), مُكَذِّبِين  (orang-orang yang mendustakan kebenaran), الَّذِيْنَ أجْرَمُوْا  (orang-orang yang durjana), كُفَّار (orang-orang yang tidak percaya) dan lain-lain. Amalan golongan  أبرار dan فُجَّار dicatatkan dalam 2 buku yang berlainan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini beberapa sifat golongan فُجَّار dinyatakan melalui beberapa perkataan berikut: ,مُطَفِّفِيْنَ
(Ayat: 1), مُكَذِّبِين (Ayat: 10), أَثِيم (Ayat: 13), الَّذِيْنَ أجْرَمُوْا (Ayat: 29 )& كُفَّار  (Ayat: 36).

2. Sifat-sifat orang-orang beriman yang أبرار (yang baik-baik) dibuangkan sebagai lawan kepada sifat-sifat golongan فُجَّار yang disebutkan. Misalnya lawan kepada مُطَفِّفِيْنَ ialah مُستَوفِين, ia tidak disebut. Lawan kepada مُكَذِّبِين ialah مُصدِّقِين, ia juga tidak disebut. Lawan kepada  الَّذِيْنَ أجْرَمُوْا ialah صَالِحِين, ia juga mahzuf dan lawan kepada كُفَّار ialah مُسلِمِين, ia juga mahzuf.

3. Di dalam surah ini manusia dilarang daripada bersikap dwistandard. Manusia hendaklah memakai prinsip yang sama untuk orang-orang lain sebagaimana yang dipakai untuk dirinya sendiri, manusia yang berkhianat dalam urusan jual beli diperintahkan supaya jujur dalam pengurusannya.

4. Kerana jenayah-jenayah teruk yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah dikatakan hati mereka sudah berkarat, itulah sebabnya mereka menolak ajaran al-Qur'an dan kepercayaan kepada adanya hari kemudian (Ayat: 14).

Al-Mutaffifin 83:14
كَلَّاۖ بَلْۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
14. Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan ma'shiat) yang mereka kerjakan.

5. Surah ini juga menceritakan bahawa suratan amalan ;tii lorang-orang jahat) tersimpan di dalam فُجَّار, mereka hendaklah mengelak diri daripada amalan-amalan buruk, jika tidak mereka bukan sahaja akan menghadapi azab jasmani tetapi juga akan terhalang daripada melihat Allah (Ayat: 15).
Al-Mutaffifin 83:15
كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ 
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhannya.


421

Tiada ulasan:

Catat Ulasan