Tafsir asas quran nota 9(302)339
Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. la melekat pada dinding rahim seperti akar yang kukuh menancap di bumi dengan serabutnya. Melalui hubungan ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh si ibu bagi pertumbuhannya.
Pada tahap ini, satu keajaiban penting dari al-Qur'an tervngkap. Ketika meruju' kepada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan perkataan "al-'alaq" dalam alQur'an:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." (al-A'laq: 1-3)
Erti kata "al-' alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang melekat pada suatu tempat." Perkataan ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan sesuatu seperti lintah yang melekat pada tubuh untuk mengisap darah. Ini kerana al-'alaq juga dalam bahasa Arab bererti lintah atau pacat dan segumpal darah.
Tentunya penggunaan perkataan yang seperti itu tepat sekali untuk zigot yang sedang membesar dan mengembang dalam rahim ibu, ia membuktikan bahawa al-Qur'an merupakan wahyu dari Allah, Tuhan Semesta Alam.
(2) Firman Allah di dalam Surah al-Mu'minun, ayat 14:
'Al-Mu'minun 23:14
ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَٰلِقِينَ
Bermaksud: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) Iain. Maka Maha sucilah Allah, sebaik-baik Pencipta. (al-Mu'minun: 14).
Firman Allah ini menyebutkan tentang tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalamnya bahawa di dalam rahim ibu, tulang-tulang terbentuk lebih dahulu, kemudian terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.
Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim .Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan embrio terbentuk secara bersama. Kerananya sekian lama, ramai orang mengatakan ayat ini bertentangan dengan sains. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan
339
Tiada ulasan:
Catat Ulasan