Halaman

Rabu, Julai 07, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)340

Tafsir asas quran nota 9(302)340

bantuan teknologi baharu telah membuktikan bahawa pernyataan alQur'an adalah benar kata demi katanya.

Penelitian di peringkat mikroskopik ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara seperti yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama. jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel otot yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah yang berjudul Developing Human dengan kenyataan berikut:
"Dalam minggu ketujuh rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuk yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, otot-otot menempati kedudukannya di sekeliling bentukan tulang."

Ringkasnya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam alQur'an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden.

(3) Firman Allah di dalam Surah az Zumar, ayat 6:

Az-Zumar 39:6

خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْأَنْعَٰمِ ثَمَٰنِيَةَ أَزْوَٰجٍۚ يَخْلُقُكُمْ فِى بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ خَلْقًا مِّنۢ بَعْدِ خَلْقٍ فِى ظُلُمَٰتٍ ثَلَٰثٍۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ 
Bermaksud: Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia jadikan daripadaGenis)nya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan (yang mutlaq). Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (az Zumar: 6).

Demikianlah al-Qur'an memaparkan manusia diciptakan melalui tiga tahap di dalam rahim ibunya.
Ayat ini menunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan di dalam tubuh ibunya melalui tiga tahap yang berbeda. Tepat sekali. biologi moden telah menegaskan bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga fasa yang berbeza didalam rahim ibu. Hari ini semua buku pelajaran embriologi yang dipakai fakulti-fakulti perubatan menerimanya sebagai pengetahuan dasar. Misalnya dalam buku Basic Human Embryology sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini dihuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap:


340

Tiada ulasan:

Catat Ulasan