Bahasa Arab Video YB 02s
#2.Mengenal kata isim | Belajar nahu.
Kita akan membahaskan 5 pembahagian isim (إِسِم) yang perlu kita ketahui sebagai bekal didalam mempelajari ilmu nahu.
1.Isim berdasarkan Jenis (نَوْعَ)
2.Isim berdasarkan Jumlah (عَدَدٌ)
3.Isim berdasarkan Umum/khusus(Makrifat/Nakirah).
4.Isim berdasarkan Tanwin/tidak (Munsharif/Ghairi Munsharif).
5.Isim berdasarkan Berubah/tidak (Mu'rab/Mabny)
Secara sederhana kita mengatakan isim adalah kata nama (berbeza dengan fiil yg terbahagi menjadi 3 jenis) .Isim sendiri memiliki yg lebih banyak dan boleh ditinjau dari banyak sisi. Hanya saja penting untuk diketahui pemula adalah isim ditinjau dari sisi jenis (نَوْعَ) dan isim ditinjau dari sisi bilangan(عَدَدٌ) .
1.Isim berdasarkan jenis(نَوْعَ)
i)isim muzakkar /masculine/laki-laki.
ii)isim muannats/feminen/perempuan.
Bahasa arab memang membezakan untuk laki2 dan perempuan.
Ini berlainan dengan bahasa kita.
Misalnya kita ingin mensifati Zaid dan Fatimah dengan kepintaran maka kata yg digunakan sama yakni pintar.
Zaid itu pintar.
Fatimah itu pintar.
Sedang dalam bahasa arab kata pintar dibezakan antara yang laki-laki dan perempuan.
Iaitu
Zaid pintar زَيْدٌ مَاهِرٌ
Fatimah pintar فَاطِمَةُ مَاهِرَةٌ
Perhatikan
Perkataan pintar untuk Zaid مَاهِرٌ
Perkataan pintar untuk Fatimah مَاهِرَةٌ
Insyallah kita akan bahas tentang muzakkar dan muannas pada pelajaran selanjutnya
Sementara Isim yg ditinjau dari segi bilangan( عَدَدٌ) adalah
1.isim mufrad(tunggal)
2.isim tatsniyah atau isim musanna(dua)
3.isim jamak(>2)
Catitan: Perlu diingatkan bahasa melayu , hanya membezakan kata tunggal dan kata jamak, tiada tatsniyah/musanna
Insyaallah kita bahas tentang isim selanjutnya dalam pelajaran akan datang.
3.Isim berdasarkan Umum/khusus(Makrifat/Nakirah).
Isim yang ditinjau dari kata umum atau kata khusus ianya boleh dibahagi kepada 2:
i)isim makrifah (nama khusus)
ii)isim nakirah (nama umum)
i)Isim makrifah
Isim makrifah adalah kata objek yang dibicarakan telah ditentukan
ii)Isim nakirah
Isim nakirah adalah kata objek yang dibicarakan tidak diketahui.
Contoh :
Ini adalah sebuah buku هَذَا كِتَابٌ
Kata buku dalam kalimat ini adalah isim nakirah (umum) ,kerana tidak dijelaskan buku apa bahkan juga tidak dijelaskan buku itu milik siapa.
Tetapi jika dikata
Ini adalah buku Arab هَذَا كِتَابُ العَرَبِيَّةِ
Atau jika dikata
Ini adalah buku Zaid هَذَا كِتَابُ زَيْدٍ
Ini adalah isim makrifah, kerana objeknya telah ditentukan.
Kalimat pertama telah ditentukan jenisnya dan kalimat kedua ditentukan kepemilikannya.
Persoalan bagaimana kita boleh menentukan sesuatu isim itu makrifah atau nakirah.
Terdapat 6 jenis isim marifah dalam bahasa Arab.
1. Dhomir
2. 'Alam
3. Isyarah
4. Alif lam.
5. Maushul.
6. Idhofah.
1. Dhomir(gantinama)
2. 'Alam(nama orang atau nama tempat)
3. Isyarah(kata tunjuk)
4. Alif lam(Isim yang bersambungan Alif ا dan Lam ل)
5. Maushul(kata sambung umum dan khusus)
6. Idhofah(Isim yang disandarkan kepada salah satu isim makrifat yakni dhomir/alam/isyarah/alif lam/maushul)
1. Dhomir (gantinama)
Isim marifah dhomir ada 14 jenis semuanya.
Dhomir tersebut adalah.
1.Dia untuk lelaki هُوَ
2.Dia untuk lelaki dua orang هُمَا
3.Dia untuk lelaki ramai هُمْ
4. Dia untuk perempuan هِيَ
5.Dia untuk perempuan dua orang هُمَا
6.Dia untuk perempuan ramai هُنَّ
7. Kamu untuk lelaki seorang أَنْتَ
8. Kamu untuk lelaki dua orang أَنْتُمَا
9. Kamu untuk lelaki ramai أَنْتُمْ
10. Kamu untuk perempuan seorang أَنْتِ
11. Kamu untuk perempuan dua orang أَنْتُمَا
12. Kamu untuk perempuan ramai أَنْتُنَّ
13.Saya أَنَا
14. Kami نَحْنُ
Dhomir termasuk makrifah kerana ketika kita menggunakan dhomir, orang yang menjadi objek perbicaraan yang telah ditentukan.
2. 'Alam.
Semua isim baik nama orang atau nama tempat termasuk dalam isim makrifah
Contoh
Zaid زَيْدٌ
Ahmad أَحْمَدُ
Aisyah عَائِشَةُ
Mekah مَكَّةُ
Jakarta جَاكَرتَا
3. Isyarah.
Isim isyarah ialah kata tunjuk.
Kata tunjuk dalam bahasa kita ialah ini dan itu.
Didalam bahasa Arab kata tunjuk ada 6
Kata tunjuk ini هَذَا untuk muzakkar:
Untuk bilangan tunggal ialah هَذَا
Untuk bilangan dua ialah هَذَانِ
Untuk bilangan >2 ialah هَؤُلَاءِ
Kata tunjuk ini untuk muannas
Untuk bilangan tunggal هَذِهِ
Untuk bilangan dua هَاتَانِ
Untuk bilangan >2 هِؤُلَاءِ
Kata tunjuk itu ذَلِكَ untuk muzakkar
Untuk bilangan tunggal ذَلِكَ
Untuk bilangan dua ذَانِكَ
Untuk bilangan >2 أُولَّئِكَ
Kata tunjuk itu ذَلِكَ untuk muannas
Untuk bilangan tunggal تِلْكَ
Untuk bilangan dua تَانِكَ
Untuk bilangan >2 أًولَئِكَ
4. Alif lam.
Isim yang bersambungan Alif ا dan Lam ل
Semua perkataan bahasa Arab yang bersambung denga ا dan ل adalah isim makrifah.
Contoh
Buku الكِتَابُ
Pen القَلَمُ
Seorang lelaki الرَّجُلُ
5. Maushul.
Isim mausul adalah kata sambung yang terbahagi kepada dua.
1.Isim mausul yang umum
2.isim mausul yang khusus
1.Isim mausul yang umum
i)lil aqil ialah مَنْ(siapa)
ii)lighairil aqil مَا(apa)
2.isim mausul yang khusus
Untuk muzakkar dan bilangan tunggal الَّذِيْ
Untuk muzakkar dan bilangan dua اللَّذَانِ atau اللَّذَيْنِ
Untuk muzakkar dan bilangan >2 الَّذِيْنَ
Untuk muaanas dan bilangan tunggal الَّتِيْ
Untuk muaanas dan bilangan dua اللَّتَانِ atau اللَّتَيْنِ
Untuk muanaas dan bilangan >2 الَّاتِيْ
6. Idhofah.
Isim yang disandarkan kepada salah satu isim makrifat yang telah disebutkan.
Contoh idhofah kepada dhomir.
Buku dia (lelaki) كِتَابُهُ
Buku mereka berdua (lelaki) كِتَابُهُمَا
Buku mereka (lelaki)كِتَابُهُمْ
Buku dia(perempuan) كِتَابُهَا
Buku mereka berdua (perempuan) كِتَابُهُمَا
Buku mereka (perempuan) كِتَابُهُنَّ
Buku kamu(lelaki) كِتَابُكَ
Buku kamu berdua(lelaki) كِتَابُكُمَا
Buku kamu >2 (lelaki) كِتَابُكُمْ
Buku kamu(perempuan) كِتَابُكِ
Buku kamu berdua(perempuan)كِتَابُكُمَا
Buku kamu >2(perempuan) كِتِابُكُنَّ
Buku saya كِتَابِيٌ
Buku kami كِتَبُنَا
Idhofah kepada isim alam.
Buku Zaid كِتَابُ زَيْدٍ
Ibu Aisyah إُمُّ عَائِشَةِ
Penduduk Mekah أَهْلُ مِكَّةَ
Penduduk Madinah أَهْلُ المَدِيْنَةَ
Idhofah kepada isim isyaroh.
Ini ibu kepada anak perempuan أُمُّ هَذِهِ المَرْأَةِ
Idhofah kepada isim yang ada imbuhan ال
Ahli hadits أَهْلُ الحَدِيْثِ
Buku bahasa كِتَابُ اللُّغَةِ
Pintu masjid بَابُ المَسْجِدِ
Idhofah kepada isim mausul.
Buku orang yang sedang berdiri itu buku baru
كِتَابُ الَّذِيْ يِقُوْمُ جِدِيْدٌ
Isim nakirah pula adalah semua isim kecuali yang ada ال dan yang di idhofahkan.
Secara sederhana boleh disimpulkan isim nakiroh adalah yang semua kata yang tidak termasuk empat jenis isim makrifat dan tidak terdapat ال dan tidak di idhofahkan
Al-Ahzab 33:4
مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزْوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔى تُظَٰهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمْۚ وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَآءَكُمْ أَبْنَآءَكُمْۚ ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَٰهِكُمْۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِى ٱلسَّبِيلَ
Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataan di mulutmu saja. Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).
Perkataan جَوْفِهِۦۚ(lambung/rongga)
Salim = feel sahih salim
Salim =selamat
Huruf2 yang tiada huruf sakit dan tiada perubahan
Feel muktal=feel yang ada huruf sakit
Huruf ilah ا،و ي
Huruf و dan ي
Huruf ا sebenarnya huruf و atau ي
مجرد
فَعَلَ يَفْعُلُ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan