Daurah tafsir 2019 sesi 30(103)nota 16(464-465)
103.Surah Al asr
Tertib surah 103
Bilangan ayatnya 3
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turun 13
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1ayat 1-2 Cepat-cepat kamu masuk Islam, jika tidak kamu akan kerugian.
Paragraf 2 ayat 3 Dengan adanya iman (kepercayaan) amal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran ( وَتَوَاصَوْا بِالْحَق) dan berpesan-pesan dengan kesabaran ( وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ) manusia boleh terlepas daripada kerugian.
Mesej utama
Hai manusia,
Cepat-cepatlah kamu berada diatas landasan Islam supaya kamu tidak kerugian.
Zaman Diturunkan
Surah al-'Ashr juga termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-1 hingga tahun ke-3 Kenabian. Pada ketika itu kebanyakan surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.
Kelebihan Surah Al-'Ashr
Kerana begitu padatnya surah ini, Imam Syafi'e
pernah berkata: لَو لَمْ يُنْزَلْ غَيْرَ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَكَفَتِ النَّسً
sekiranya tidak diturunkan selain surah ini nescaya ia sudah pun mencukupi untuk manusia"
Tafsir Ruuh al-Ma'ani juz. 30 m/s 227.
Perkaitan Surah Al-'Ashr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah at-Takatsur diterangkan tentang amalan-amalan baik iaitu syukur akan ni'mat-ni'mat
Allah, yakin tentang hari akhirat, hidup dengan penuh perasaan tanggungiawab dan lain-lain. Amalan-amalan buruk pula ialah berlumba-lumba memperbanyakkan kekayaan dunia, leka, ragu dan tidak adanya perasaan bertanggungjawab. Di dalam Surah al-'Ashr ini dinyatakan bahawa amalan-amalan yang baik itu baru akan berguna setelah adanya iman, oleh itu manusia janganlah berlambat-lambat dalam beriman kerana masa berlalu dengan begitu cepat dalam hidup manusia.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan العصر Masa atau masa yang telah berlalu.
2.Perkataan العصرadalah muqsam bihi (sesuatu yang Allah bersumpah dengannya) dan إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ muqsam 'alaih (sesuatu yang Allah bersumpah kerananya).
Muqsam bihi dan muqsam 'alaih mempunyai pertalian dan hubungan yang sangat rapat, maksud sumpah ialah mengemukakan sesuatu sebagai bukti dan kesaksian, sumpah juga bermaksud mengemukakan dalil setiap detik dari masa yang berlalu menjadi saksi dan bukti bahawa jika manusia mati tanpa beriman dan beramal shaleh nescaya ia akan kerugian. Manusia tidak mengetahui bilakah ia akan mati, kerana itu setiap waktu dia hendaklah menghargai masa dan bersegera memilih jalan pengabdian kepada Allah.
3.Perkataan تَوَاصَوْا۟ bab تفاعُل: bermaksud saling nasihat menasihati.
4.Perkataan ٱلْحَقِّ hakikat, salah satu nama Allah, lawan kepada kebatilan, ajaran yang benar, tauhid dan haq, itulah
antara erti ٱلْحَقِّ.
5.Perkataan صَّبْرِ bererti sabar, istiqamah, teguh pendirian, terus menerus mengawal diri, tidak gopoh, menunggu
masa yang sesuai, tidak resah dan gelisah, tetap pendirian, jihad dan lain-lain. Itu adalah antara erti sabar
yang tersebut di dalam al-Qur'an.
103.Surah Al asr
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ
Demi Masa!
-Sura Al-Asr, Ayah 1
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
-Sura Al-Asr, Ayah 2
👉Rugi yang natijahnya berkekalan.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-Sura Al-Asr, Ayah 3
👉Kecuali dengan 4 sifat ini:
1.beriman
2.beramal soleh
3.pesan memesan dgn kebenaran.
4.pesan memesan dgn kesabaran .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan