Isnin, September 06, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(104)nota 16(466-467)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(104)nota 16(466-467)s

104.Al-Humazah
Tertib surah 104
Bilangan ayat 9
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun  32
Bilangan paragraf  2
Paragraf 1ayat 1-5 Pemuja harta, orang yang buruk akhlak dan orang bakhil jangan ingat harta bendanya dapat mengabadikannya.
Paragraf 2 ayat 6-9 Elakan diri mu daripada menjadi orang yang gila dunia! Berimanlah kepada hari akhirat !
Jika tidak kamu akan dimasukan ke dalam neraka.

Mesej utama
Orang yang buruk akhlak, pemuja kebendaan  dan bakhil pada hari kiamat nanti akan masuk neraka.
Untuk selamat ia tidak boleh memuja dunia sebaliknya hendaklah beriman  kepada Allah dan hari kemudian.


Zaman Diturunkan
Surah al-Humazah diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian, ketika itu da'wah secara terbuka telah pun bermula. Didalamnya dikemukakan beberapa perangai dan sikap buruk salah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal iaitu Umayyah bin Khalaf, punca utama manusia menjadi begitu ialah kerana tidak percayakan hari akhirat.

Perkaitan Surah Humazah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-'Ashr, orang-orang kafir dikatakan berada dalam kerugian kerana tidak beriman dan beramal shaleh, di dalam Surah al-Humazah ini pula dikemukakan satu contoh manusia yang rugi iaitu seorang pemimpin yang buruk akhlaknya dan bersifat bakhil.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan  هَاهِزُ orang yang suka mencari ke'aiban orang; orang yang hanya tahu menyebut kekurangan orang,mencela dan mengumpat orang dan lain-lain.

Al-Humazah 104:1.وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ 
Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela,

2.Perkataan  هُمَزَةٌ adalah إسم مبالغة bererti orang yang suka sangat mencari keburukan orang, cukup hebat dalam mencela dan mencaci orang.

3. Perkataan لُّمَزَةٍ ini juga إسم مبالغة ia bererti orang yang suka sangat menyebut keburukan orang di hadapannya, mencaci, mencela dan memburuk-burukkan orang sudah menjadi tabiatnya.

4.Perkataan عَمَدٌ jama' kepada  عَمُود tiang besar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan